Sunday, May 12, 2013

Cotton Soft Japanese Cheesecake 2013


Dah lama buat kek ni tapi baru nak masukkan dalam blog. Kali ni kek hasil dari oven baru. memang puas hati. Sebelum ni Ros pernah buat kek ni 2x. First time buat nampak ok tapi texture langsung tak menjadi. Second time buat ok la..tapi masih xbetul-betul naik dan tak betul-betul gebu. Sah sebab oven tu tak membantu. Now bile dah tukar oven baru ni Alhamdulillah berkesempatan try baking this kind of cake lagi. Menjadi juga akhirnye.. hehehe











Cotton Soft Japanese Cheesecake
Resipi asal: Alma Cotton Soft Cheesecake

Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon


Cara-cara

Utk adunan A:
Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boil.
Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
Kemudian, campurkan adunan creamcheese tadi dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon.
Gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sahaja).

Utk adunan B:
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut).Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
(Ros tak rendam tapi letakkan semangkuk air di bawah bekas tin kek tadi dan bakar seperti biasa, rasanya teknik ni orang panggil steam bath kot)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...