Sunday, January 9, 2011

Resipi Cotton Cheesecake

Salam semua, ini ros nak update sikit pasal projek ciskek kotton yang dah lama teringin nak buat..
buat kawan-kawan yang mintak resipi, kat bawah ni ros ade letak resipi cotton ciskek base on olahan sendiri dan juga experience kawan-kawan lain...

 Just after baking... tak cantik sangat sebab pakai loyang biasa..tak ade springform loyang tu.. yang hangus kat atas tu ros bakar atas kejap semata-mata nk bagi die golden sikit sebab masa bakar guna yang bawah saja tu, permukaan atas tak golden pon. suppose to be golden in color..

 Bila dah potong, tengok texture ciskek ni mcm basah-basah sikit (xmenjadi sangat), mungkin sebab wanros mix bila campur bahan A dan bahan B tu.

 Yummy yummy.. ini ros potong nak bagi my food tester rase my first successful (almost success actually) cheesecake... hehehe masa ni jam 1.30 pg. dah tido dah food tester, tapi ros kejut gak suh bangun rase ciskek i...hehhehe die cakap sodap n gebu... ngehngehngeh boleh la daripada tak jadi langsung... :)

BTW, thanks for visiting my blog. Please get the recipe below... enjoy baking ladies!!! :)


BAHAN-BAHAN


Bahan-bahan A
250g     cream cheese
50g       butter
100ml   fresh milk
6 biji     kuning telur
1 tsp     jus lemon
60g       superfine flour
20g       corn flour / cornstarch


Bahan-bahan B
120g     castor sugar
6 biji     putih telur (daripada bahan A) - notes: putih telur sahaja jangan campur kuning telur
1/2tsp   cream of tartar


CARA-CARA


Bahan A
Panaskan cream cheese (pada suhu bilik), fresh milk dan butter (masukkan kemudian sedikit) menggunakan teknik double boil. Pastikan campuran cis dan milk tadi licin, kemudian alihkan dari api dan biarkan sejuk seketika.
Masukkan kuning telur dan pukul hingga licin
Masukkan tepung superfine, cornstarch dan jus lemon, pukul sampai sebati. (masukkan lemon zest juga)
Bahan B
Dalam mangkuk lain (pastikan betul2 bersih), pukul putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih dengan kelajuan sederhana
Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit
Teruskan pukul sampai adunan menjadi ‘soft peak’ (foam lembut macam buih sabun)…  jangan terlebih pukul.
Campurkan Bahan

Campurkan bahan A dan bahan B, kaup sehingga sebati (awas:  jgn pukul/mix lagi, kalau tak texture akan berbeza iaitu menjadi lebih basah dan tidak ringan seperti cotton cheese yang sepatutnya)

Bakar secara water bath 160degC selama 45-55minit (ros bakar 1 jam ari tu)
hermmm... lagi gambar ciskek kotton

Err buat apa tu ???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...