Sunday, January 16, 2011

CREAM PUFF

Assalamualaikum.. 

Hari ini hari Ahad, hanya berhibernasi di rumah. Petang tadi tetiba rasa nak wat kuih. Teringat pulak hari tu teringin nak cuba buat cream puff.. ini kira first time la buat cream puff. Untuk adunan resipi di bawah ni, Ros dapat la 3 tray je. First tray menjadi, second tray hangit sebab silap set suhu pada 210C. Third tray plak ngam ngam je piping bag koyak.. ganti ngan plastik bungkus lauk tak menjadi pulak rupanya.. tapi masih leh makan la. Ni gambar kat bawah ni gambar cream puff first tray. Yang comel-comel je I publish ye...hehhehhe



Gambar puff sebelum masuk oven.


Lagi gambar sebelum bakar.


Just out from oven. Panas-panas lagi ni. Happy betul first tray menjadi... tapi tak banyak dapat dalam 12 biji je. Satu tray muat sikit aje sebab oven kecik aja tambahan lagi tray yg ros ade lagi kecik daripada ruang oven. Ros buat 3 tray, so dalam 36 biji je hasilnya untuk adunan resipi di bawah.


Cream puff selepas isi creamnya yang kelihatan agak cair. Cream ni actually memang cair bile die masih panas. tp bile die sejuk sikit, teksturnya makin likat dan nampak licin.


Close up cream puff Wan Ros...Yummy yummy...

CREAM PUFF

Pastri
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula kastor
4 biji telur
Cara-cara:
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan tray oven dengan kertas baking. Ayak tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  5. Masukkan telur yang telah dipukul, kacau cepat-cepat. Panaskan adunan tadi dan balik-balikkan adunan hingga sekata. 
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas tray. 
  7. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 

Kastard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard
1 biji telur

Cara-cara:
Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.
Penyediaan: Belah tengah pastry (jangan putus), isikan kastard.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...