Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts
Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Fluffy Pancakes

Pancake ni sedap dimakan ketika masih panas... 


FLUFFY  PANCAKE 
Resepi asal: Secubitgaram

Bahan:
1 1/2 cawan susu fresh
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan esen vanila. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn CHOCOLATE SAUCE.

Monday, February 20, 2012

Spageti Bolognese lagi...


Semalam breakfast dengan spageti bolognese.. senang masak, main campak-campak aje.. Selalu sangat masak spageti sbb senang dan sedap. Yang pernah update di sini. Amar pun suka makan.. what a happy moment when he keep asking me for more.... :)

Resipi Sos Spageti :

Bahan-bahan:
Minyak zaitun (untuk tumis)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 tin tomato puree (450g)
2 biji tomato buah (dipotong dadu)
1 biji cili benggala (dihiris nipis atau dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
2 batang sosej (dihiris nipis)
400g daging kisar
Sos cili, sos tomato, sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Pasta spageti (direbus dalam air dan sedikit minyak masak)

Cara-cara:
Tumis bawang putih di dalam periuk berisi sedikit minyak zaitun sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Masukkan puree tomato, sos cili, sos tomato, dan sos tiram. 
Masukkan tomato buah dan daging kisar. Masak sehingga daging kisar separuh masak, kemudian masukkan cendawan, sosej dan cili benggala. 
Masukkan garam dan gula, dan sedikit air sekiranya terlalu pekat.
Masak hingga mendidih dan keringkan sedikit.
Hidang bersama pasta spageti yang direbus dan di toskan.
Siap dan  boleh di makan. :)

Monday, October 24, 2011

Pancake dah jadi lempeng...

Assalamualaikum...

Penkek atau lempeng yg ros buat di pagi ahad (semalam) ni agak tidak menjadi sbb teksturnye tidak berongga..kenapa?rasanya sebab tak pukul betul2 tu yg die tak spongie tu.... maybe sbbb kacau guna whisk aje... n lupe nk letak baking powder...next try kene gune mixer plak..



PANCAKE by Hajar
Resipi: Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan:
3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.
**utk jdkan pancake mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan
***untuk menghasilkan pancake yang sama saiz, kaedah ini Ros gunakan... sumber dari kak Nor secubit garam...

Caranya:
K.Nor guna 2 frying pan.
1. frying pan yg saiznya paling kecik kut yg ada kat pasaran dlm 12cm
2. frying pan yg saiznya lebih besar, tak kira la berapa saiznya tu 20cm atau 22cm asalkan lebih besar dr 12cm
3. bila guna pan yg kecik ni kita boleh hasilkan saiz pancake yg sama besar
4. panaskan pan dgn api yg sederhana jgn terlalu kuat
5. masukkan 1 senduk kecik adunan dan masak hingga keluar buih2/lubang2 kat atas permukaannya
6. terbalikkan atas pan yg satu lg tu (yg juga telah dipanaskan)
7. masak hingga pancake masak, angkat dan hidangkan
8. ulang hingga semua adunan habis dimasak.
9. kaedah guna 2 pan ni juga mempercepatkan tempoh memasak pancake, kan. tak la lama sgt anak2 menunggu utk makan :)

Sunday, February 20, 2011

PULUT KELAPA DAN IKAN AYER GORENG

Assalamualaikum dan selamat pagi Ahad..

Sarapan untuk pagi ni Ros masak pulut dan goreng ikan ayer je.. sangat simple dan sedap..  Pulut yang telah masak ni Ros gaul dengan kelapa muda parut yang digaul bersama garam halus dan gula. Pekena dengan teh lipton panas. Sangat menyegarkan. :) Kalau balik kampung, MIL selalu buat pulut ni sebab cik abang suka makan pulut ni.. today, xpayah tunggu balik kampung, sayang dah masakkan untuk abang ... :)


Saturday, February 19, 2011

NASI LEMAK IKAN TONGKOL (IKAN AYER)

Assalamualaikum wbt

Pagi ini Ros masak nasi lemak resipi arwah bonda sebagai sarapan pagi. Banyak jugak yang tak ade seperti timun batang utk dibuat ulam. Disebabkan rasa cam dah lama tak masak, so apa yang ada je la kat dalam peti ais tu untuk sarapan pagi...menajdi jugak... :)
 
Nasi lemak

Ikan tongkol goreng (kalau kat Terengganu orang panggil ikan ayer, antara ikan ayer yang sedap dimasak adalah ayer hitam kerana isinya lebih lembut. Kalau ikan ayer kurik isi nya hitam dan sedikit pejal.). My hubby suka ikan ayer.

Ros plak suka ikan kembung, ikan selar or selayang masak sambal tumis merah. :)

Ikan bilis goreng ni sedap (courtesy my SIL, Kak Aju wat balik dari Pangkor)

Telur goreng sambal, requested my hubby.

RESIPI BONDA: NASI LEMAK IKAN TONGKOL (IKAN AYER)

Nasi Lemak

Bahan-bahan:
·         3 ½ cawan beras
·         3 cawan santan cair
·         2 cawan air
·         1½ camca garam halus
·         1 inci halia dipecahkan/ditumbuk tidak hancur
·         3 helai daun pandan

Cara-cara:
·         Basuh beras beberapa kali dengan air bersih.
·         Masukkan santan, air, garam, halia dan daun pandan yang disimpul.
·         Masak nasi lemak macam biasa samaada guna electric cooker atau masak atas dapur gas. Setelah masak, gaulkan nasi supaya sekata, dan hidangkan.

Ikan Tongkol Goreng

Ikan tongkol yang telah siap dipotong dan dicuci, digaul dengan garam halus, serbuk kunyit dan cili boh. Goreng ikan di dalam minyak dengan api yang sederhana.

Sambal Nasi lemak

Bahan-Bahan:
·         4 ulas bawang putih (dikisar)
·         6 ulas bawang merah (dikisar)
·         1 inci halia (dikisar)
·         1 labu bawang besar kuning (dipotong bulat)
·         2 sudu makan cili boh
·         1½ cawan air
·         2 sudu makan gula merah (nis’san)/gula Melaka
·         4 sudu makan gula pasir
·         2 camca the garam halus
·         1 keping asam-keping (hitam dan kering)
·         2 sudu makan sos cili / sos tomato (ikut citarasa masing-masing)
·         Minyak untuk menumis

Cara-cara:
·         Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh, masak sehingga cili boh sedikit kering, masukkan air, gula merah, gula pasir, garam halus, asam keeping dan sos secukup rasa.
·         Masak hingga sambal agak sebati kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
·         Masukkan ikan yang dah digoreng, ikan bilis atau telur goreng.
·         Tutup api, hidangkan bersama nasi lemak.

Sunday, January 23, 2011

SARDIN SANDWICH FOR TODAY'S BREAKFAST

my breakfast in Sunday morning

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Selalunya ros akan update blog ni pada hari Ahad.. maklumla hari minggu je sempat nak ber'blogging'. Kalau fb tu boleh la update hari-hari thru BB. Kalau hari biasa memang tak sempat, kerja yang semakin bertambah kat opis lebih-lebih dah start new semester for this year. Very super duper busy.. :( Balik kerja, tengok je wajah Amar, terus hilang penat ibu. Selalunya balik kerja hubby yang beli makan malam, memang ros tak masak. Pas dinner terus collapse.. tengah malam bangun balik, masak bubur untuk bekal si kecil pi skool esoknya..(masak bubur selalunya 2hari sekali)  that's my daily routine since being a wife and mom. :) Tired but very happy.

Tetapi minggu ni en suami outstesen plak kat labuan, so this weekend habiskan waktu bersama Amar je kat rumah. So pagi ni Ros wat sandwich n milo panas je for breakfast memandangkan malas nk kuar and malas jugak nak masak for breakfast myself alone. Amar makan bubur aje pg. dah tido dah pon die lepas mkn n minum susu. Tu ibu sempat berblogging tu...hehhehe

BTW, takde resipi istimewa pon utk sandwic ni... just a simple n tasty sandwic

Roti gardenia
Salad
Mayonis
Sardin yang dipanaskan dgn hirisan bawang merah dan putih dan perahan sedikit limau nipis
Cili potong
Cheesedale

Sangat sedap bila pekena ngan milo panas.... :)

Selamat bersarapan pagi..peace!! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...