Monday, February 20, 2012

Spageti Bolognese lagi...


Semalam breakfast dengan spageti bolognese.. senang masak, main campak-campak aje.. Selalu sangat masak spageti sbb senang dan sedap. Yang pernah update di sini. Amar pun suka makan.. what a happy moment when he keep asking me for more.... :)

Resipi Sos Spageti :

Bahan-bahan:
Minyak zaitun (untuk tumis)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 tin tomato puree (450g)
2 biji tomato buah (dipotong dadu)
1 biji cili benggala (dihiris nipis atau dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
2 batang sosej (dihiris nipis)
400g daging kisar
Sos cili, sos tomato, sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Pasta spageti (direbus dalam air dan sedikit minyak masak)

Cara-cara:
Tumis bawang putih di dalam periuk berisi sedikit minyak zaitun sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Masukkan puree tomato, sos cili, sos tomato, dan sos tiram. 
Masukkan tomato buah dan daging kisar. Masak sehingga daging kisar separuh masak, kemudian masukkan cendawan, sosej dan cili benggala. 
Masukkan garam dan gula, dan sedikit air sekiranya terlalu pekat.
Masak hingga mendidih dan keringkan sedikit.
Hidang bersama pasta spageti yang direbus dan di toskan.
Siap dan  boleh di makan. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...