Wednesday, February 15, 2012

Jalan-jalan Cari Makan di kampung ku terchentaa

Assalamualaikum..

Apa yang istimewanya makanan Terengganu? Terlalu subjektif jawapannya. Hanya orang-orang yang seleranya Gannung Style dapat menjawab. Di sini Ros letak beberapa keping gambar makanan tradisional terengganu yang memang payah nak dapat kat negeri lain. Kalau ada pon ditempat lain, rasanya serta cara masaknya berbeza.


Ini dia sate ikan (org Terengganu panggil)..kalau orang kelantan panggil lokceng.. Ros pon baru je dengar pasal lokceng ni... apa maksud lokceng pon ambe tidak pasti mana asal-usulnya.. mungkin makanan ini berasal dari Siam.

Ni gambar sate ikan yang dijual depan Pasar Kedai Payang. Ada dua sos iaitu sos merah yang pedas dan sos merah yang manis. Selalunya Ros akan suh org tu campur je dua, lagi sedap sebab ada rasa pedas dan manis.

Ni ha.. yang belum dibakar lagi. Mana nak cari orang jual sate ikan ni? selalunya ade jual di pasar malam atau di waktu petang di tepi pantai... hmmm best sgt... sapa yang berkunjung ke Terengganu, boleh cuba..

Feveret Ros kalau balik kampung adalah kuey teow sup. Dalam kuey teow sup ni, selalunya die akan letak daging, perut dan ayam... kene dengan asam limau dan cili merah.. ermmmm

Ini Kuey teow sup jumbo... sama je dengan kuey teow sup biasa cuma ada extra crab stick dan fish ball... i like!!

Tidak ketinggalan sotong celup tepung, keropok goreng dan ikan celup tepung... Minum petang yang sangat indah sambil di tiup aingin sepoi-sepoi bahasa di Pantai Batu Rakit dan Pantai Teluk Ketapang

Nasi minyak ni menu biasa kalau bersarapan di kampung.... tapi yang ini waktu malam pon jual untuk dinner..

Hari tu tengak JJCM @TV3 tayang makanan kat kedai LOcal Delights Recipe di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu. Saja la nak terai.. tp waktu p sana dah petang so makanan banyak habis..so order yang ini je... sedap jugak... :)

Ini keropok lekor yang beli kat bawah pao kedai payang... wak balik subang, goreng aje... 

Nasi dagang ni walaupun berada di TTDI Jaya, namun pembuatnya adalah makcik yang berasal dari Terengganu. Memang puas hati sama macam nasi dagang di Kuala Terengganu... Hai,...kene belajar masak nasi dagang ni...

Putu piring feberet hamba,..... yang ini kat mana-mana pon ada.. :)

4 comments:

  1. Sedapnya. dulu masa ada kursus kat terengganu pernahlah merasa satay ikan kat pasar payang tu. kat kedah pun ada tapi kecil sikitlah. tapi sekarang dah susah nak jumpa satay ikan ni. satay ikan ni kenangan masa kecil dulu.

    ReplyDelete
  2. Aaa sate ikan ni memang nostalgia la... junkfood zaman skolah rendah dulu..huhuhu :)

    ReplyDelete
  3. ros... nasi dagang kat TTDI tu kat mana???????

    ReplyDelete
  4. Kat depan masjid ttdi, sebelah dewan mbsa bunga kertas tu.. awal pagi die bukak gerai (lori putih) kat situ.. kul 8 pg lebih dah abis dah biasa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...