Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Apam Mekar Perisa Coklat

Salam dan selamat pagi semua..

Sabtu lepas, teringin sgt nak try buat apam mekar. Sebelum ni buat macam tak betul2 gebu, mungkin pukul tak cukup kembang.. Cobaan pertama ini macam ok sket daripada cobaan kedua (apam yogurt). Untuk kali ni alhamdulillah menjadi pulak, lebih gebu dan lebih ringan.. Tapi masih boleh perbaiki supaya ia lebih ringan dan lebih sedap... so kene cuba lagi untuk hasil yang lebih baik..hheheh kat bawah ni ros letak gambar apam mekar perisa coklat ye... . gambar tak berapa cun... harap maap..




Resipi asal: Kak Hanieliza
Resipi kedua: Kak Hana
Thanks to Chef Hanieliza and Chef Hana for the recipe... :)

Resipi Apam Mekar yang diubahsuai

Bahan-bahan

150g tepung gandum
90g gula
1 biji telur
1 sk ovellete
100ml susu segar
esen vanila
Chocolate Emulco
Pewarna coklat
Paper cup secukupnyer

Cara-cara

Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan ovallate dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
Masukkan pewarna coklat dan emulco dan pukul hingga sekata.
Masukkan adunan apam ke dalam papercup.
Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Saturday, May 7, 2011

Apam Yogurt


Assalamualaikum...

Apam Yogurt... Bile tengok Blog kak Nor, sgt teruja nak cuba apam yogurt. Akhirnya balik dari keje ari tu jugak sedia bahan dan bancuh apam ni dengan penuh semangat.. Penat keje kat opis tak abis lagi... hasil nya sangat mengecewakan... apam ni mula2 kembang elok je dalam steamer tp kemudian bantat bile dah sejuk.. nak nangis rase... tak tahu mana silap. Nak try lagi tp tak tau la bile lagi nk cuba.. mggu depan nak kene p kursus induksi.. hmmm.... terpaksa tinggalkan si kecik tu pada abah die... Sedih plak ibu nak bpisah ngn Hussein.. :(



BTW, Ros refer resipi Apam Yogurt ni kat blog Kak Nor Secubit Garam . Kak Nor, please advice kenapa apam yogurt yg ros buat ni x jadi??? Kenapa die kecut n bantat bile dah sejuk? mcmana nak buat de ringannn??? Sedihhhh.... :(

Monday, May 2, 2011

Apam Mekar



Hi, Assalamualaikum..

Kelihatan mekar je gambar di atas kan? Hehehhe... dah lama sangat nak try wat apam mekar ni sebab Hussein suke makan (ekceli si kecik ni tolak susu formula je.. makanan n minuman lain seme nganga minta disuap)... so ibu pon search la cari resipi apam kegemaran anak lelakinya itu. Dah jumpa kat blog kak Hana, terus bercita-cita nak buat hari tu jugak... nak di jadikan cerita, bila dah siap bancuh, gas plak abis masa tgh panaskan periuk pengukus. Oleh kerana tak dapat tukar gas baru malam, i p bakar apam tu.. langsung tak mekar... masuk la ke dalam tong kesudahannya.. sedih sgt... first time buat plak tu... Itu cerita kali pertama mencuba apam mekar ni. Semalam kali kedua, kali ni alhamdulillah gas masih bertahan (sebab baru je tukar)... kesudahannya mekar setaman.. habis tinggal sebijik je... huhuhu Buat Kak Hana n Kak Hanieliza, tq for the nice recipe... :)

Resipi asal: Kak Hanieliza
Resipi kedua: Kak Hana

Resipi Apam Mekar

Bahan-bahan

150g tepung gandum
125g gula - hana kurangkan 100g jer
1 biji telur
1/2 sk ovellete
100ml susu segar
esen vanila
Pewarna - ikut suka
Paper cup secukupnyer

Cara-cara

Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan ovallate dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...