Monday, May 2, 2011

Apam Mekar



Hi, Assalamualaikum..

Kelihatan mekar je gambar di atas kan? Hehehhe... dah lama sangat nak try wat apam mekar ni sebab Hussein suke makan (ekceli si kecik ni tolak susu formula je.. makanan n minuman lain seme nganga minta disuap)... so ibu pon search la cari resipi apam kegemaran anak lelakinya itu. Dah jumpa kat blog kak Hana, terus bercita-cita nak buat hari tu jugak... nak di jadikan cerita, bila dah siap bancuh, gas plak abis masa tgh panaskan periuk pengukus. Oleh kerana tak dapat tukar gas baru malam, i p bakar apam tu.. langsung tak mekar... masuk la ke dalam tong kesudahannya.. sedih sgt... first time buat plak tu... Itu cerita kali pertama mencuba apam mekar ni. Semalam kali kedua, kali ni alhamdulillah gas masih bertahan (sebab baru je tukar)... kesudahannya mekar setaman.. habis tinggal sebijik je... huhuhu Buat Kak Hana n Kak Hanieliza, tq for the nice recipe... :)

Resipi asal: Kak Hanieliza
Resipi kedua: Kak Hana

Resipi Apam Mekar

Bahan-bahan

150g tepung gandum
125g gula - hana kurangkan 100g jer
1 biji telur
1/2 sk ovellete
100ml susu segar
esen vanila
Pewarna - ikut suka
Paper cup secukupnyer

Cara-cara

Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan ovallate dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...