Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Butter Bread Pudding with Castard Sauce

My Butter Bread Pudding... Gambar ni masa panas lagi baru keluar dari oven.
Ni bila dah siap curah adunan susu ke atas roti gardenia yang disiat-siat. Then sapu nutella sikit antara kepingan roti, tabur kismis, kurma,  dan akhirnya gula. xde cinnamon powder, so tak letak pon... sedap jugak..heheh tp kalau ada mesti lagi sedap...

Dalam oven... yeehaaaa

Puding Roti bakar saya posing lagi... naik elok pulak tu.. 

With sos kastad... yummyy sedap dimakan ketika panas dan sejuk...

Posing lagi setelah dibedah siasat.




BUTTER BREAD PUDDING
Resepi asal: Secubitgaram 

10 - 12 kpg roti 
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.

SOS KASTARD
resipi : Secubitgaram 

1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti

Wednesday, July 3, 2013

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum..

Dulu pernah suatu ketika, hamba teringin nak rasa macamana rupenya aiskrim goreng.. betul ke aiskrim tu di goreng di dalam kuali panas dan kalau betul, aiskrim kat dalam tu cair ke tak???

Sekarang, terlaksana jua... dan ternyata memang mudah serta menjimatkan kalau buat sendiri, simpan dalam freezer then nak makan baru goreng kejap...  :)


Aiskrim Goreng yang nyaman

Ini la rupa aiskrim goreng bila dah goreng.. 


Monday, July 1, 2013

Durian Crepe

Assalamualaikum..

Yes.. happy bila berjaya siapkan durian crepe yang menjadi kegilaan ramai ni. Asal datang musim durian je, mai la musim durian crepe. Kat fb penuh dengan gambar2 durian crepe yang menggiurkan.. Akibat tak tahan la ni, kene buat sekali sekurang-kurangnya bila musim durian.

Oh my durian crepe... 









RESIPI DURIAN CREPE!
Source: Izah Muffin Lover

Untuk membuat CREPE;

Bahan-bahan:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara-cara:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Untuk membuat FILLING CREAM KASTARD;

200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin

Wednesday, July 11, 2012

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum..

Puding ni dah lama Ros buat, bulan 4, sehari sebelum dimasukkan ke hospital. So masa tu memang tak sempatla nak update blog. Kenapa masuk hospital? Panjang ceritanya.. tunggu entry akan datang ye... hehheh


Hermm... puding pon comot je nampak kan? hahha malas nak berhias. Pinggan pon tak cun. Takpela janji sedap kan.. Tapi this time agak manis. Next time kalau nak buat lagi, kene kurangkan gula. Suka buat puding ni sebab budak-budak suka makan. Bawak puding ni g rumah kakak, Ahmad suka betul. Hussein pun suke.. maybe sebab ada rasa roti kot. Ok la, kat bawah ni resepi yang dipetik dari dapur kak Nor.. Thanks Kak Nor.. mmg sedap puding ni... :D


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
Sumber: Kak Nor Secubitgaram

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). 
Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. 
Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.
Carik-carikkan roti kemudian kisar bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Waaahhh lamanya tak update blog.. rindu sangat..ini baru berkesempatan nk mencoret-coret kisah sepanjang ketidakberadaan saya di atas talian. But for today, nak mulakan dengan resepi tiramisu yang dah lama termimpi2 nak buat..hehhehe





Sebenarnya dah lama sangat teringin nak try buat tiramisu, ni baru berkesempatan melaksanakannya setelah beberapa lama duk tenung je resepi ni kt internet. Untuk pertama kali cuba ni, Ros guna resepi tiramisu simple oleh umi_e @ Myresipi. Tapi di sini ros olah tiramisu ni guna biskut tiramisu/ lady finger instead of guna kek span. Satu lagi kelainan yang Ros buat adalah letak filling lingonberry.. atau filling strawberry. filling ni Ros just guna lingonberry jem yg beli kat IKEA, campurkan dengan sedikit air panas untuk bagi die cair sikit, nanti senang nak sapu atas biskut. Idea ni Ros jumpa kat dapur Kak Nor Secubitgaram. Hehehh kalau tgk gambar tiramisu kak nor, memang meleleh air liuq... itu yg teringin nak buat jugak tu.. bile dah rasa, rupanya sedap gile.. lagi2 bile dah semalaman chill dalam fridge.. memang marvelous rase tiramisu ni.

Kat bawah ni Ros letak resipi yang dah dikemaskini dan diolah.

RESIPI TIRAMISU BISCOTTI

Sumber: umi_e@myresipi dan Kak Nor Secubitgaram
Olahan: Wan Ros

Bahan-bahan (8 orang atau lebih)
20 keping lady fingers / biskut tiramisu
250ml whipping cream
250g cream cheese Philadelphia
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
4 sudu makan jem lingonberry dicampur dengan sedikit air panas untuk dijadikan filling jem.
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
1.   Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.
2.   Satukan gula, cream cheese dan whipping cream.
3.   Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4.   Susun biskut tiramisu/ladyfingers di dalam mangkuk kaca atau loyang.
5.   Curahkan 1/2 bahagian bancuhan nescafe ke atas biskut yang disusun.
6.   Sapu filling tadi atas lapisan biskut tiramisu.
7.   Sapu 1/2 bahagian adunan cream cheese dan whipping cream tadi atas susunan biskut
8.   Susun lagi bahagian biskut yang selebihnya.
9.   Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar atau semalaman.
10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Biskut tiramisu / lady fingers


Cara-cara melapis


Tadaaa... siap sudah...ni tabur serbuk koko ni lepas keluarkan dari fridge untuk dihidang..


Ini plak selepas semalaman dalam fridge. 2 potong untuk bersahur..huhu




Thursday, March 8, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...