My Butter Bread Pudding... Gambar ni masa panas lagi baru keluar dari oven. |
Dalam oven... yeehaaaa |
Puding Roti bakar saya posing lagi... naik elok pulak tu.. |
With sos kastad... yummyy sedap dimakan ketika panas dan sejuk... |
Posing lagi setelah dibedah siasat. |
BUTTER BREAD PUDDING
Resepi asal: Secubitgaram
10 - 12 kpg roti
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip
Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.
SOS KASTARD
resipi : Secubitgaram
1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti
No comments:
Post a Comment