Showing posts with label PUDING TRIFLE. Show all posts
Showing posts with label PUDING TRIFLE. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Puding Trifle Strawberry dan Mixed Fruits

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak cerita pasal puding trifle yang Ros buat untuk kakak. Sebenarnya dah lama kakak teringin nak merasa trifle yang ros buat tu.. sebab masa die dalam pantang pernah Ros bawak g rumah die, tp die tak dapat makan.. so baby Ahmad dah 7 bulan baru berkesempatan nak buat trifle lagi untuk kakak. cian kakak... alaaa.. sebenarnya boleh je buat sendiri, tp nak jugak yang adiknya buat. Hmmm.... BTW, Ros dah pernah buat beberapa kali puding trifle nih..First time buat letak kiwi my first trifle. Not so bad. Pastu try lagi buat Peach Trifle Pudding best jugak. Hermmmm mmg best la, makan pon mmg tak puas... lagi-lagi bila lepas makan tengahari atau waktu minum petang.. So, below is the pic for my latest trifle pudding... yummy2... Rase nak buat lagi, tp nak tunggu hubby balik dari phuket dulu khamis ni... bestnye...


Resipi Puding Trifle Strawberry dan Mixed Fruits.

Lapisan bawah
Swiss roll dipotong dan disusun di dalam bekas, direndam dengan air buah-buahan campur dalam tin.

Lapisan tengah (Castard Layer)
1 tin susu sejat (400ml), 1 tin air yang mana, 7 sudu gula. Masukkan susu cair, 1/2 tin air (200ml) dan gula di dalam periuk, dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air (200ml)). Bila campuran susu, gula dan air tadi mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan pertama tadi.

Lapisan Atas
Susunkan buah-buahan campur (koktel) di atas lapisan kastard. Untuk menyediakan bancuhan jelly, panaskan air sehingga mendidih mengikut sukatan pada kotak serbuk jelly (400ml air).. masukkan serbuk jelly ke dalam air panas itu dan kacau sehilang licin dan tidak berbiji.  Setelah sejuk sedikit, tuangkan puding tersebut ke atas lapisan kastard dan buah-buahan yg telah disusun tadi. 
(Notes: Pastikan jelly dituang perlahan-lahan agar tidak rosakkan lapisan kastard yang masih lembik)




Wednesday, February 16, 2011

PEACHES TRIFLE PUDDING

Assalamualaikum wbt..

Hari ini Ros nak cerita pasal puding trifle for second attempt. Sebenarnya dah 5 hari lepas Ros buat puding ni, hari ini baru ade kesempatan nak upload sebab busy sangat jaga Hussein yang demam panas beberapa hari lepas. Now demam dah kebah tp ttiba plak keluar bintik merah.. mcm campak.. herm, susah hati ibu memikirkan tentang anak yang tak sihat, sampai diri sendiri tak terurus.. Takpela Allah mahu menduga hamba-Nya untuk jadi lebih tabah kan? Alhamdulillah Hussein is getting better but he is loosing too much weight.. sedih tgk rase nak nangis... :(

Ok la, Ros nak bercerita tentang puding pule... :) Kali ini ros ade ubah sedikit bahan-bahan dia untuk percubaan kali kedua ni.. lebih sedap n lebih menjadi..:) Yummy2...

Second attempt ... sliced peaches flooded with manggo pudding on the top of custard layer and swiss roll.

another view of my trifle pudding


Lapisan bawah
Swiss roll dipotong dan disusun di dalam bekas, direndam dengan air buah pic dalam tin.

Lapisan tengah (Castard Layer)
1 tin susu sejat (400ml), 1/2 tin air (200ml) dan 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air (200ml)). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan pertama tadi.

Lapisan Atas
Susunkan buah pic di atas lapisan kastard. Untuk lapisan ini, Ros tukarkan kristal jelly kepada serbuk puding mango.. (guna apa yang ade je, sedap jugak, infact lebih sedap :))
Ros panaskan air sehingga mendidih mengikut sukatan pada kotak serbuk puding mango tu.. masukkan serbuk puding ke dalam air panas itu dan kacau.  Setelah sejuk sedikit, tuangkan puding tersebut ke atas lapisan kastard dan buah pic yg telah disusun tadi. 
(Notes: Pastikan puding dituang perlahan-lahan agar tidak rosakkan lapisan kastard yang masih lembik)

Setelah betul2 sejuk, simpan di dalam fridge dan hidang untuk minum petang.. :)  

Monday, November 15, 2010

Home Made Puding Trifle

Dalam kesibukan menguruskan rumah yang tak kemas sejak minggu lepas, sementara amar hussein tido dah abahnya tgk G.I.Joe kt HBO, sempat gak saya siapkan puding triffle saya yang pertama... kononnya baru nak belajar buat la ni...hehhe cmpak tu campak ni dalam puding, akhirnya siap dan menjadi jua.... rasanya: not so bad, tp pagi tadi tukang rasa nya tak leh nk judge lg sebab takleh rase. tukang rasa nak p medical checkup pg td, kene puasa takleh makan satu malam.


ini die wajah triffle saya yang dalam proses lapisan terakhir oleh cystal jelly strawberry... wow... nampak boleh tahan gak kan?



disebabkan first time buat puding ni, saya tak leh nak agak lagi sukatan acuannya cemana... ade acuan yang ada banyak custard ade yang sikit custard. rupanya resipi untuk satu tin susu cair dapat hasilkan banyak jugak bekas.. jadi, lain kali sila cuba lagi... :)


Sebenarnya  lagi gambar yang ingin saya upload... tapi maaflah... saya budak baru belajar..entah macamana die hang masa nak browse daripada harddisk...hadoii...


Resipi puding trifle d atas adalah daripada kak maizana, saya pun tak kenal siapa kak maziana, i just search it and found the recipe through this link. Kawan-kawan yang berminat bole la mencuba ye...

Di bawah ini resipi yang saya dah ubah suai daripada resipi asal;

Bahan
Swiss roll
1 tin fruit cocktail (saya guna cap ayam)
Kristal Jelly Strawberi (saya guna cap nona)
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad
Yogurt atau whipping cream (saya tak letak pon)
Cara membuatnya:
Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.
Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.
Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly (400ml) hingga mendidih (Saya pakai air panas je, sbb malas nk masak banyak kali). Masukkan serbuk jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya...... (Yang ni saya skip)

Akhirna berjaya upload gambar ni... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...