Wednesday, February 16, 2011

PEACHES TRIFLE PUDDING

Assalamualaikum wbt..

Hari ini Ros nak cerita pasal puding trifle for second attempt. Sebenarnya dah 5 hari lepas Ros buat puding ni, hari ini baru ade kesempatan nak upload sebab busy sangat jaga Hussein yang demam panas beberapa hari lepas. Now demam dah kebah tp ttiba plak keluar bintik merah.. mcm campak.. herm, susah hati ibu memikirkan tentang anak yang tak sihat, sampai diri sendiri tak terurus.. Takpela Allah mahu menduga hamba-Nya untuk jadi lebih tabah kan? Alhamdulillah Hussein is getting better but he is loosing too much weight.. sedih tgk rase nak nangis... :(

Ok la, Ros nak bercerita tentang puding pule... :) Kali ini ros ade ubah sedikit bahan-bahan dia untuk percubaan kali kedua ni.. lebih sedap n lebih menjadi..:) Yummy2...

Second attempt ... sliced peaches flooded with manggo pudding on the top of custard layer and swiss roll.

another view of my trifle pudding


Lapisan bawah
Swiss roll dipotong dan disusun di dalam bekas, direndam dengan air buah pic dalam tin.

Lapisan tengah (Castard Layer)
1 tin susu sejat (400ml), 1/2 tin air (200ml) dan 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air (200ml)). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan pertama tadi.

Lapisan Atas
Susunkan buah pic di atas lapisan kastard. Untuk lapisan ini, Ros tukarkan kristal jelly kepada serbuk puding mango.. (guna apa yang ade je, sedap jugak, infact lebih sedap :))
Ros panaskan air sehingga mendidih mengikut sukatan pada kotak serbuk puding mango tu.. masukkan serbuk puding ke dalam air panas itu dan kacau.  Setelah sejuk sedikit, tuangkan puding tersebut ke atas lapisan kastard dan buah pic yg telah disusun tadi. 
(Notes: Pastikan puding dituang perlahan-lahan agar tidak rosakkan lapisan kastard yang masih lembik)

Setelah betul2 sejuk, simpan di dalam fridge dan hidang untuk minum petang.. :)  

2 comments:

  1. as salam..nk tnye ye..kalo nk bancuh tepung custard kta kai air panas ke air biasa?slalu sye bancuh msti ade bijik²..kalo free leh drop kt my blog ye.

    ReplyDelete
  2. Hi Sofia, wsalam,
    Tepung custard tu Ros masak atas api je baru rase betul2 well cooked.. Tak pernah cube plak kalau bancuh ngn air panas.. :)
    BTW, tq for visiting my page.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...