Assalamualaikum wrt..
Memandangkan hari ini hari sabtu..iaitu hujung minggu, ros ajak en hubby kuar p digi mall and ikea siang tadi. p digi mall nk p beli bateri laptop... dah jem dah susah nk p meeting, nak buat kelas..n sebagainye la... tapi xberjaya juga beli sebab kene order dulu.. hmmm lenkali je la... sempat gak beli pendrive, extrnal harddisk dan antivirus. lepas tu pergi ikea (kesukaanku sebab byk kelengkapan rumah yg comel2 and friendly user), dapat la sedikit tangkapan..hehhe
Balik je rumah teringin nak wat brownies, teringat kenangan masa kt onsemi. ros suke betul order brownies kt Sara Loubna, masa tu takde oven so takleh nk baking sendiri... brownies die sedap betul lebih-lebih lagi bile makan dgn eskrim.. disebabkan ros suke makan brownies, ros pon mintak resipi ngan sara.. so ari ni ros wat brownies refer to her recipe la.... tapi resipi kat bawah yang ros tulis ni ade ubah sikit tang ke sukatan nya...
Yummy...brownies with icecream (vanilla flavour lagi best pekena ngan brownies choc)
On top of surface, rase cam crunchy sket... dalam die moisture
Lagi gambar brownies...
hmmm...
Baru nak letak gula ising....
Tak sabar nak rase.... kali ni successful
Bahan-Bahan
200g serbuk koko
200g butter
400g gula kastor
2tp esen vanilla
4 biji telur
70g tepung
Kismis dan badam
Cara-cara
Cairkan butter di atas api. Setelah butter cair, alihkan dari api dan masukkan serbuk koko yang diayak.
Campurkan telur, gula kastor dan esen vanilla. Mix campuran ini sehinggakelihatan putih (Ros mix dalam 10-15 minit).
Masukkan campuran butter dan koko tadi, mix sehingga adunan bertukar warna coklat kehitaman (Ros mix 5 minit).
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan tadi, balik-balikkan hingga sekata.
Masukkan kismis dan badam mengikut citarasa masing-masing.
Bakar selama 25minit pada 180C.
*Untuk adunan seperti di dalam gambar ini, ros kurangkan 50% bahan-bahan sebab kalau buat macam sukatan di atas memang banyak memandangkan xde orang nak abiskan. Esok hari ahad.. kalau hari isnin boleh jugak bawak kat opis.
ok..selamat mencuba... :)
emy pun suka semua benda yang ada chocolate.. muffin, cake, cupcake.. yang penting kena moist! hehe..
ReplyDelete