Saturday, February 19, 2011

NASI LEMAK IKAN TONGKOL (IKAN AYER)

Assalamualaikum wbt

Pagi ini Ros masak nasi lemak resipi arwah bonda sebagai sarapan pagi. Banyak jugak yang tak ade seperti timun batang utk dibuat ulam. Disebabkan rasa cam dah lama tak masak, so apa yang ada je la kat dalam peti ais tu untuk sarapan pagi...menajdi jugak... :)
 
Nasi lemak

Ikan tongkol goreng (kalau kat Terengganu orang panggil ikan ayer, antara ikan ayer yang sedap dimasak adalah ayer hitam kerana isinya lebih lembut. Kalau ikan ayer kurik isi nya hitam dan sedikit pejal.). My hubby suka ikan ayer.

Ros plak suka ikan kembung, ikan selar or selayang masak sambal tumis merah. :)

Ikan bilis goreng ni sedap (courtesy my SIL, Kak Aju wat balik dari Pangkor)

Telur goreng sambal, requested my hubby.

RESIPI BONDA: NASI LEMAK IKAN TONGKOL (IKAN AYER)

Nasi Lemak

Bahan-bahan:
·         3 ½ cawan beras
·         3 cawan santan cair
·         2 cawan air
·         1½ camca garam halus
·         1 inci halia dipecahkan/ditumbuk tidak hancur
·         3 helai daun pandan

Cara-cara:
·         Basuh beras beberapa kali dengan air bersih.
·         Masukkan santan, air, garam, halia dan daun pandan yang disimpul.
·         Masak nasi lemak macam biasa samaada guna electric cooker atau masak atas dapur gas. Setelah masak, gaulkan nasi supaya sekata, dan hidangkan.

Ikan Tongkol Goreng

Ikan tongkol yang telah siap dipotong dan dicuci, digaul dengan garam halus, serbuk kunyit dan cili boh. Goreng ikan di dalam minyak dengan api yang sederhana.

Sambal Nasi lemak

Bahan-Bahan:
·         4 ulas bawang putih (dikisar)
·         6 ulas bawang merah (dikisar)
·         1 inci halia (dikisar)
·         1 labu bawang besar kuning (dipotong bulat)
·         2 sudu makan cili boh
·         1½ cawan air
·         2 sudu makan gula merah (nis’san)/gula Melaka
·         4 sudu makan gula pasir
·         2 camca the garam halus
·         1 keping asam-keping (hitam dan kering)
·         2 sudu makan sos cili / sos tomato (ikut citarasa masing-masing)
·         Minyak untuk menumis

Cara-cara:
·         Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh, masak sehingga cili boh sedikit kering, masukkan air, gula merah, gula pasir, garam halus, asam keeping dan sos secukup rasa.
·         Masak hingga sambal agak sebati kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
·         Masukkan ikan yang dah digoreng, ikan bilis atau telur goreng.
·         Tutup api, hidangkan bersama nasi lemak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...