Showing posts with label BLUEBERRY. Show all posts
Showing posts with label BLUEBERRY. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Kek Chiffon Blueberry

Assalamualaikum...


Sebenarnya kek ni dah minggu lepas dah buat, hari ni baru nak tayang... maklumkan cik ros kita ni sibuk orangnya.. 


Ini pertama kali buat kek chiffon, maknanya angel mold yang baru beli tu telah dirasmikan dengan jayanya.. walaupun hasilnya takde la marvellous sangat.. dah kira ok la ni, gebu dan sedap jugek rasanya.. cuma yang tak jadinya dia punya tekstur mungkin nampak agak padat dan tidak berapa ringan... wahh pandai je kritik sendiri punya hasil... huhu Okla.. taknak melalut lagi, kat bawah ni die gambar my blueberry chiffon cake... dah rosak pulak my angel mould sebab i g ketuk ngan lesung masa nak keluarkan kek yang dah siap bakar... sedehhh :(


Wahhh happynye tengok cipong ni... :)

Tapi kurang happy bile tengok lapisan warna ungu tu... tak tahu nak tafsir jenis corak yang terhasil... amat memilukan. sob sob sob...

Ok la kan... (nak pujuk hati)


Ros ikut resipi Chiffon Pandan Lapis Kastard DTS tapi ros olah flavour die and ros tak buat kastard die pon... Thanks to Mat Gebu for recipe... :)


Resipi Kek Chiffon yang Ros dah olah... :)


BAHAN A
5 kuning telur gred A
50 gram gula perang
50 ml minyak jagung
50 ml susu cair
110 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh blueberry paste/emulco
Secubit garam

BAHAN B
5 putih telur
80 gram gula perang
1 camca jus lemon



Pewarna ungu


CARA-CARA
Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. 
Untuk Bahan B, putar putih telur hingga berbuih, masukkan jus lemon dan gula sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan tinggi hingga putih telur kental. 
Adunkan putih telur (bahan B) ke dalam adunan bahan A dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga rata. (Sesetengah petua kata, guna tangan pon boleh)
Warnakan sebahagian adunan dengan pewarna ungu.
Tuang dalam loyang angel mould tanpa gris, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. 
Keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan.

Blueberry Cheese Tart

Salam semua...


Entri kali ini adalah berkenaan cheese tart. Semalam walaupun dah ngantuk, pulun jugak buat cheese filling untuk tart ini, memandangkan crust/pastri nye dah ready since kemarin lagi. (Tak larat nak siapkan terus sebab duk tekan doh tu mmg agak rumit dan renyah, just to make it thin and flattened. Kalau tak buat filling tu nnt rosak plak pastri tu lama2 kat dalam fridge. ).  Then I will need two days to complete all. huhu... penat punye pasal la ni. And finally ini la hasilnya ..... \~o~/ .....taraaaaa.... (gambar tak cun, tak sempat nak edit lebih2... ini pon courtesy my bb, harap maaf)


Just finished decorating blueberry jam on the cheese filling. Variety of looks. :P


Some more pictures of pre-baked  blueberry cheese tart.

Another pic.


Only one picture after baked.

Ros refer resipi Haz_amon@myresipi, thanks to haz_amon atas resipi cheese tart yang sedap..  Hasilnya memang tidak mengecewakan. For those who are interested to try baking cheese tart, I will suggest this recipe. .. simple ingredients and the step as well.. Happy trying and baking... Good luck my fren.

Resepi Blueberry Cheese Tart (Haz_amon @ myresipi.com)


Bahan-bahan ( 10 biji )

Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling (inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry:
  1. pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy.
  2. masukkan telur, pukul lagi.
  3. Selepas itu masukkan tepung.
  4. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau.
  5. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
Untuk membuat cheese filling:
  1. Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy.
  2. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  3. Sendukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi.
  4. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 

Thursday, March 17, 2011

KEK PANDAN BLUEBERRY

Assalamualaikum...
Seminggu balik kampung, aktiviti sangat padat, terkejar-kejar sana sini. Tapi, rase macam nak balik kampung lagi pekena sotongcelup tepung tepi pantai teluk ketapang, memang sungguh indah... Ombak pada hari tu agak besar, kekadang tu rasa gak kecut perut mengenang peristiwa tsunami jumaat lalu (11 mac 2011). Masa tu Ros tengah temankan baby Hussein tidur kat dalam bilik. Bile check my bb, tetiba ramai je yg post pasal tsunami kat jepun. h, aa yang berla? inat kan gempa bumi biasa, rupanye dasyat samapai 8.9 ritcher scale.. Woww, besar sungguh kuasa Allah. Terasa makin hampir dengan hari kiamat. Rumah MIL less than 5km dari pantai. Malam tu masa hubby p kedai kat kampung, org kampung duk bising2 pasal banyak ketam naik ke darat.. pihak polis pulak arahkan penduduk tepi pantai supaya pindah at least 5km dari pantai.... huhuu malam tu kami hanya mapu berdoa, hari tu saja hujan turun tanpa henti... dua tiga hari cuaca mendung. Subhanallah... Allah Maha Besar...

Ya Allah, jika Engkau takdirkan kematian kepada kami, matikan kami dalam iman.

Doa doa dan doa.....

Hari ni, Ros kene halfday, terpaksa cancel kelas pagi tadi. Sebbaik syllabus da nak abis, takde la terkejar-kejar nk ganti kelas. Pengasuh Hussein tetiba mintak off pg td nak p checkup kt RSAT. Kat rumah, sempat la basuh baju, mandikan Hussein, bagi makan, dan masih sempat bakar kek...huhuhu lepas gian lama tak baking... 

Kali ni wat kek span lagi, tapi versi dua perasa iaitu pandan dan blueberry. Amik paste yang ade dalam simpanan je... tengokla hasilnye kat bawah ni.. nampak gaya masih kene belaja lg camne nk melapis untuk dapatkan corak yang lebih cantik... :)


Sunday, March 6, 2011

BLUEBERRY YOGURT CHEESECAKE

Assalamualaikum..

Blueberry lagi!!! 2 ari lepas dah blueberry sponge cake... sebenarnya Ros memang suka sangat ngan blueberry flavour. All type of berries la... even henphone pon pakai blackberry..hehhe kalau nk pilih color baju or tudung pon i prefer purple. Pendek kate memang suke laa the berries and all its behavior...

Hari ini hari Sabtu, Ros and family duk rumah je rehat-rehatkan diri sambil kemas rumah and do some laundry. Tambahan lagi cik abang i tu baru je balik dari outstesen seminggu kat labuan.. Dah janji dengan dia hari tu nak buat non-baked cheesecake yummy yummy. So hari ni dah tunaikan janji tu. Sebenarnya Ros dah pernah buat non-baked yogurt cheesecake ni last time. Tp tak berapa menjadi, lembik dan cepat runtuh. Then Ros study balik kenapa tak jadi tu... n now dah perbaiki kesilapan yang lalu. Hasilnye... 

taaaraaaaaaa....

A blueberry non-baked yogurt cheese cake in the house. Ada la juga rase mcm kat kedai  (bukan nak angkat bakul ye, tp kali ni berjaya).. cume crust base die kurang menjadi, tak cukup halus serbuk biskut tiger tu (Ros tumbuk pakai lesung je, takde blender untuk bahan kering tu, apa ntah org panggil part tu), menyebabkan base die nampak comot.. maybe sebab takde kitchen tool yg complete nak potong dan angkat cake slice tu.. habis berterabur tiger crust..huhu comottt... 

  
Non-baked Bluberry Yogurt Cheesecake... Yummy yummy... Geram tengok crust base, dan blueberry topping yang nan indah itu. Kalau letak fresh berries lagi indah.. :) 

Comot kan? See the tiger crust at the bottom base was already damaged. :( i have to improve in the next attempt!

Oreo cookies. 

Blend biskut oreo termasuk intinya dan juga biskut tiger secara berasingan.

Masukkan dalam loyang springform, padat-padatkan sebelum masuk peti ais. Tiger crust at the bottom layer.

Adunan cheese yang dah siap putar dituang ke dalam springform loyang tadi dan masukkan dalam peti ais lagi sekali. 

Ini photo lepas beberapa jam dalam peti ais, jangan lupa toping die ok.

Dah potong.... :)

Hmmm.... :D

Another slice after 2 slices in our tummy....

Hussein and abah really like this.. :) 

Quarter cake dah abis satu malam je... sambung esok plak.


Resipi Non-baked Blueberry Cheesecake yang telah diolah
Resipi asal: Hanamemories

Bahan-bahan

Untuk Base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
·    120g biskut tiger
·    150g biskut oreo
·    50g butter (cairkan)

Untuk Cheesecake Filling
·     250g cream cheese
·     200g whipping cream
·     160g yogurt plain (Ros guna yogurt blueberry cap dutch lady)
·     50g gula halus
·     15g gelatin
·     60ml air panas
·     50g buah blueberry tin (xguna sbb xde)
·     25ml blueberry filling atau jem blueberry

Blueberry Topping
·     6g gelatin
·     100ml air panas
·     200g blueberry filling 

Cara-cara
  1. Sediakan loyang springform 18cm/8inci. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Tuang mentega ke dalam biskut. (Ros buat 2 layer, tiger dan oreo). Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat-padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min-sejam.
  3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (Ros guna kaedah double boiler untuk satukan gelatin nih agar tidak berbiji-biji)
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan whipping cream dan kemudian yogurt. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata. (Jangan pukul terlalu lama)
  5. Masukkan buah blueberry dan juga syrup guna spatula (Untuk step ni Ros guna filling blueberry sahaja sebab takde fresh blueberry, masukkan guna garfu). Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 1-2 jam.
  6. Untuk topping ciskek, panaskan gelatin dengan air panas guna kaedah double boiler. Alihkan dari api dan kemudian masukkan ke dalam filling, kacau rata. Curahkan ke atas kek keju tadi. Masukkan semula ke dalam peti ais.
  7. Selepas 2-3 jam, bolehla potong dan hidangkan.



Friday, March 4, 2011

BLUEBERRY SPONGE CAKE

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal kek span plak. Sebenarnya ini percubaan kali ke 2 membakar kek span. Kali pertama 3 hari lepas, Ros buat kek span pandan, siap blend daun pandan nak amik air die masuk dalam kek. Alih-alih, takleh makan langsung sebab lembik, manis, tekstur yang tak cantik dan tidak gebu. Leh tengok gambar kek span pandan tak jadi kat bawah skali. Daripada pengalaman pertama bakar kek span ni, Ros dah belajar dari kesilapan yang lepas dan fikir punya fikir apa yang menyebabkan kek tak jadi;

1. Ros mix/pukul kek terlalu lama... maka jadinye kek terlalu ringan n teksturnye dah pecah, bile masak dia jadi lembap dan tak gebu... :(
2. Terlebih air pandan dalam kek, oleh sebab Ros pukul kek tak sekata n tak sebati betul2... lepas bakar, terdapat mendapan kat dasar kek yang tak sepatutnye wujud.
3. Ros guna sukatan gula yang sama banyak ngan tepung superfine.. ini akan membuatkan kek sangat manis neting.... sampai takleh nak telan disamping rasa pandan yg sangat kuat lagi menyesakkan anak tekak. So, ros kurangkan gula sesuka hati. 
4. Ros bakar guna api atas bawah. Sebenarnya oven ni kecik je, tak layak nak bakar guna api atas bawah sebab confirm takkan masak, hangit je lebih. Kalau oven yg besar (mahal), kualiti bagus, maybe boleh la bakar guna api atas bawah nih...

Itu la serba sedikit yang dapat Ros pelajari daripada pengalaman pertama. Yang penting belajar dari kesilapan... :) Kat bawah ni serba sedikit gambar yang sempat Ros snap buat tatapan kawan-kawan.

 Sepotong pertama ni bagi Hussein, sebab sanggup bersengkang mata tengah malam tunggu ibu kat dapur sbb nak rasa kek blueberry yang menggiurkan ini... Abahnya dah lama tidur.. ZzzzZZZzz...

 Ini gambar kek span yang tengah masak.

 Baru je keluar oven, hangus sikit ... xcantik sangat... :(

 Telangkupkan atas redai kek.

 Bottom cake. gebu gak kan walaupon nampak agak hangus.

 Top cake. boleh laaa
 Dah potong... tengok la tekstur die... cantik jugak.. ade nampak blueberry lagi.. :)

 Kalau letak fresh blueberry lagi sedap kot.

Dah cobet sket bagi Hussein rasa..
Die nak lgi... yummy yummy...

 
Ini nak bawak p opis... banyak permintaan ni... hehhehe :)

Ini resipi asal kek span yang Ros refer.. yang sebenarnya resipi kek pandan..memandangkan nk wat perasa pandan ni agak leceh (berdasarkan pengalaman pertama kek span yang tak jadi tu), Ros pon tukar kepada blueberry flavor.. just beli blueberry emulco dan pewarna ungu...

KEK SPAN BLUEBERRY
Sumber asal: resipi kek span pandan www.myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 biji kek - Loyang 8” )

150 g  tepung super fine
150 g  gula kastor (Ros kurangkan gula sebab tak suka manis sangat)
5 biji    telur gred A
15 ml  ovalette (1 sudu besar)
80 ml  air daun pandan (yang ni of course la Ros tak letak)
80 ml minyak / mentega cair (Ros guna butter yang cair/panaskan)
5 ml     pes pandan (1sudu teh) (yang ni Ros tukar dengan blueberry emulco/paste)
5 ml     serbuk penaik (1 sudu teh)
5 ml     vanilla essence (yang ni Ros tambah sendiri)
sedikit pewarna hijau (tukar letak pewarna ungu.. baru la sesuai ngan blueberry flavour)
Blueberry filling/jem (yang ni tambahan je, takde pon takpe)

Cara-cara:

1.        Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.(pukul sampai nampak putih cream, hati-hati jangan terlebih pukul takut nanti kek jadi moist n ta gebu pulak).

2.        Perlahankan kelajuan dan masukkan esen vanilla (untuk elakkan bau telur), blueberry emulco dan sedikit pewarna ungu. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan. (jangan pukul terlalu lama ye)

3.        Tuangkan butter yang cair kedalam adunan dan kaupbalik dengan senduk sehingga sebati. (Ros mix kejap nk bg betul2 sekata). Bila dah masukkan blueberry filling/fresh fruit, baru balik-balikkan... tak sekata pon takpe.

4.        Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. (Ros tak letak kertas pon)

5.        Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 – 180 C. Kek dibakar menggunakan api atas dan bawah. (Ros bakar pada 170C selama 30 minit guna api bawah je kemudian tambah lagi 10 minit api atas bawah. My oven cam tak leh pakai sgt api atas bawah, dah banayk kali try kek mesti tak jadi... biasa la oven percuma bel peti ais...huhu Alhamdulillah bleh gak bakar kek)

6.        Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek (baru je beli kat tesco 3 hari lepas) lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita mendap dan kempis. Pastu boleh la potong.. rasanya sangat gebu.. :)

Selamat mencuba kawan-kawan! :)


Ni la gambar kek span pandan yang tak jadi tu... huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...