Selamat pagi Ahad...sudah 3.34 pagi masih belum tito? sebenarnya ros dah tido tapi bangun balik, nk tdo pon tak lena sangat sebab si kecik asyik terjaga saja.. agaknya penat jalan-jalan semalam kot. semalam adalah hari yang agak penat... penat beraya di rumah kawan-kawan dan penat makan-makan... tapi sewonok sebab dapat jumpa kawan-kawan.. ala, bukan nya banyak tempat pon,..dua rumah aje..
Ok la, now nak cerita pasal cotton soft japanese cheesecake yang ros buat hari jumaat (16 sept). kirenya kek ni kek hari satu malaysia la ni (sebab dapat cuti umum hari ini)... tapi tak celeb sangat pon, duk rumah je tengok parade kat TV. Yang paling kami satu keluarga teruja nak sambut adalah Hari Merdeka... Alhamdulillah.. sesungguhnya kami berbangga menjadi rakyat Malaysia, sebuah negara merdeka dan berdaulat. Doa semoga negara tercinta ini terus aman dan makmur, telus dan amanah seadanya... insyaAllah...
OK..ok sambung cite pasal cheesecake.. memandangkan kawan ros nak datang beraya, n kuih raya pon dah tak banyak kat rumah, + si Shilot ni teringin sangat nak makan my cheesecake, so i did it again, but for this time Alhamdulillah it was done well... :) when i did it on my first trial,... the cake texture not really fluffy, and i was thinking it because of over beat.. aa, mmg betul tu.. masa tu baru belajar nak buat kek.. tengok entry yang lalu di sini. tapi kirenya dah boleh makan dah masa nih..
Banyak resipi di internet tapi kali ni Ros refer kat resipi Alma at myresipi since banyak kitchen blogger yg refer this resipi, so teringin nak try.. rupanya hasil tidak mengecewakan..
Fluffy texture.. :)
Lagi gambar quarter cheesecake..
Ermmm....
Oleh kerana Ros guna 6 biji telur gred A, adunannya jadi banyak dan tak muat loyang 8 inci.. so Ros masukkan selebihnya dalam 4 biji remekin... not so bad.
Walaupun my hubby tak berapa suka desserts and cake, tapi kali ni banyak jugak die makan... tinggal lagi 2 slice, i habiskan... wahahhaahhah.... it was so cheeszy and i am worried...
Resipi: Alma Myresipi
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
Utk adunan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
Utk adunan A:
- Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
- Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
- Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
- Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
- Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.
- Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
- Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
- Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut).
- Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
No comments:
Post a Comment