Thursday, February 23, 2012

Cendawan Goreng Tepung


CENDAWAN GORENG TEPUNG

Bahan-bahan:
Cendawan
Sedikit kapur makan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Setengah cawan tepung beras
Sebiji telur
Secubit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Rendam cendawan di dalam air garam seketika.
Bersihkan cendawan dan toskan.
Bancuh kapur, serbuk kunyit dan sedikit air sehingga bancuhan menjadi merah.
Kacau telur di dalam bekas lain.
Masukan tepung beras, air, telur yang dikacau tadi dan secubit garam.
Kacau bancuhan tadi dengan sekata.
Celupkan cendawan di dalam bancuhan tepung tadi dan goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan.
Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama sos cili. Sedap... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...