Assalamualaikum...
Entry kali ni nak cerita pasal puding trifle yang Ros buat untuk kakak. Sebenarnya dah lama kakak teringin nak merasa trifle yang ros buat tu.. sebab masa die dalam pantang pernah Ros bawak g rumah die, tp die tak dapat makan.. so baby Ahmad dah 7 bulan baru berkesempatan nak buat trifle lagi untuk kakak. cian kakak... alaaa.. sebenarnya boleh je buat sendiri, tp nak jugak yang adiknya buat. Hmmm.... BTW, Ros dah pernah buat beberapa kali puding trifle nih..First time buat letak kiwi my first trifle. Not so bad. Pastu try lagi buat Peach Trifle Pudding best jugak. Hermmmm mmg best la, makan pon mmg tak puas... lagi-lagi bila lepas makan tengahari atau waktu minum petang.. So, below is the pic for my latest trifle pudding... yummy2... Rase nak buat lagi, tp nak tunggu hubby balik dari phuket dulu khamis ni... bestnye...
Resipi Puding Trifle Strawberry dan Mixed Fruits.
Lapisan bawah
Swiss roll dipotong dan disusun di dalam bekas, direndam dengan air buah-buahan campur dalam tin.
Lapisan tengah (Castard Layer)
1 tin susu sejat (400ml), 1 tin air yang mana, 7 sudu gula. Masukkan susu cair, 1/2 tin air (200ml) dan gula di dalam periuk, dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air (200ml)). Bila campuran susu, gula dan air tadi mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan pertama tadi.
Lapisan Atas
Susunkan buah-buahan campur (koktel) di atas lapisan kastard. Untuk menyediakan bancuhan jelly, panaskan air sehingga mendidih mengikut sukatan pada kotak serbuk jelly (400ml air).. masukkan serbuk jelly ke dalam air panas itu dan kacau sehilang licin dan tidak berbiji. Setelah sejuk sedikit, tuangkan puding tersebut ke atas lapisan kastard dan buah-buahan yg telah disusun tadi.
(Notes: Pastikan jelly dituang perlahan-lahan agar tidak rosakkan lapisan kastard yang masih lembik)
No comments:
Post a Comment