Bile tengok kek pisang gebu kak DJ, sangat teruja nak try baking sendiri, tambahan lagi bile Hussein pon suke kek pisang... Sabtu lepas terlaksana juga kek pisang yang diidam-idamkan. Rasanya memang gebu, tp disebabkan oleh terlebih pisang dan pisang tak dilecek sepenuhnya, terdapat ketulan2 pisang di dalam kek, so kalau simpan lama nampak la lebam-lebam sikit.. walaubagaimanapon, sangat berpuashati dan rase cam nak buat lagi. Hehheheh....
Hari Ahad bawak kek ni g rumah kakak kat gombak, hmm ... semestinya azeem suka. Bawak sekali dengan puding trifle yang dah lama kakak request since lepas die pantang lagi. Now sebab dah lama janji, so Ros buat jugak puding trifle untuk kakak. Nanti Ros upload trifle tu kat next entry ye... Yang ni untuk kek pisang sahaja.. :)
Resipi dari Dapur DJ. Terima kasih buat kak dayang atas resipi yang cukup enak ini.. Semestinye mesti tak dengar kata, ade je nak ubah ape2.. tu yg tak berapa nak jadi seperti kek pisang gebu kak dayang tu... so kepada kawan-kawan yang datang page ros ni, kalau nak cuba kek pisang ni refer kat resipi kak dayang ye... yang di bawah ni Ros dah ubah suai sikit-sikit... :)
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum (Ros guna 2 cwn tepung naik sendiri + 1 sudu susu tepung)
- 1 sudu kecil serbuk penaik (Ros tak letak)
- 1 cawan pisang yang sudah dilecek (Ros letak 3 biji pisang yang besar, hampir 2 cwn jugak la setelah dilecek)
- 1/2 sudu besar ovalette
- 1/4 cawan susu cair atau susu segar (Ros guna susu cair)
- 4 biji telur gred B
- 1 cawan gula kastor (-/+) (Ros guna 1/2 cawan gula halus)
- 1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
- 100 ml minyak jagung atau mentega cair
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
- Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
- Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
- Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan.
- Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment