Tuesday, July 5, 2011

Blueberry Cheese Tart

Salam semua...


Entri kali ini adalah berkenaan cheese tart. Semalam walaupun dah ngantuk, pulun jugak buat cheese filling untuk tart ini, memandangkan crust/pastri nye dah ready since kemarin lagi. (Tak larat nak siapkan terus sebab duk tekan doh tu mmg agak rumit dan renyah, just to make it thin and flattened. Kalau tak buat filling tu nnt rosak plak pastri tu lama2 kat dalam fridge. ).  Then I will need two days to complete all. huhu... penat punye pasal la ni. And finally ini la hasilnya ..... \~o~/ .....taraaaaa.... (gambar tak cun, tak sempat nak edit lebih2... ini pon courtesy my bb, harap maaf)


Just finished decorating blueberry jam on the cheese filling. Variety of looks. :P


Some more pictures of pre-baked  blueberry cheese tart.

Another pic.


Only one picture after baked.

Ros refer resipi Haz_amon@myresipi, thanks to haz_amon atas resipi cheese tart yang sedap..  Hasilnya memang tidak mengecewakan. For those who are interested to try baking cheese tart, I will suggest this recipe. .. simple ingredients and the step as well.. Happy trying and baking... Good luck my fren.

Resepi Blueberry Cheese Tart (Haz_amon @ myresipi.com)


Bahan-bahan ( 10 biji )

Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling (inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry:
  1. pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy.
  2. masukkan telur, pukul lagi.
  3. Selepas itu masukkan tepung.
  4. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau.
  5. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
Untuk membuat cheese filling:
  1. Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy.
  2. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  3. Sendukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi.
  4. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...