Friday, April 15, 2011

Yogurt Cheesecake with Lingonberry Topping

Assalamualaikum wbt..

Non-baked yogurt cheesecake again!! Ini kali ke 3 Ros buat non-baked cheesecake. Tapi kali ini, tukar perisa kepada Lingonberry flavour. Jem ni Ros beli kat IKEA je. Memang jem ni sedap sebab tak manis sangat. Manis buah je. Ini cheesecake Ros buat petang semalam untuk SIL, Kak Im yang datang rumah dari Kelantan. Kak Im dan keluarga datang nak hantar anak interview UPNM kat Subang Airbase ni. Angah Shahir nak jadi askar juge ikut Ayah Teh die. So, semalam balik keje awal sikit, singgah Tesco cari bahan yang tak cukup, balik rumah je terus buat ciskek ni. Sangat senang sebab tak payah bake or steam. Lepas sejam setengah, dah siap masuk peti ais, then bergegas p amik Hussein kat rumah Teacher Mama (pengasuh baru). 





Untuk kali ni Ros masih refer resipi Kak Hana (Hanamemories), tapi seperti biasa pasti ada olahan tang ke flavor n extra topping.. :) Terima kasih skali lagi kepada Kak Hana di atas resipi cheesecake yang mabeles tu... :) Kat bawah ni Ros paste lagi skali resipi Kak Hana yang telah diolah... :)

Bahan-bahan
 Untuk Crust Base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
80g biskut merie or etc - (Ros guna 250g biskut biskut tiger coklat berinti cream)
100g butter - cairkan

Untuk Cheesecake Filling
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula - (Ros guna 50g gula)
15g gelatin - (Ros guna 21g Halalgel)
60ml air panas
50g buah blueberry tin - (Ros guna 2 sudu besar Jem Lingonberry (IKEA's product)
25ml syrup blueberry - (Ros xletak sebab Jem dah ade syrup)

Untuk Topping
6 sudu besar jem Lingonberry boleh letak lebih mengikut citarasa
Air suam

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Setelah 2 jam, tuangkan topping lingonberry yang dicampur dan dikacau dengan air suam di atas cheesecake yang telah pejal.  
  • Bolehla potong dan hidangkan.

1 comment:

  1. Hi Ros,
    Aku try recipe ni wat cheese cake sempena mother's day. tp xde blueberry ganti dgn peach. overall mmg sedap cuma part biskut marrie tu keras sgt. terlebih butter kot.

    Thanks for the recipe. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...