Assalamualaikum..
Rindu to my blog, hari ni baru nak update setelah sekian lama menyepi. Sebenarnya dah lama masuk to do list nak buat kek gulung kasih lagi, nak perbaii mstake yang lepas. First time buat hari tu mcm tak berapa menjadi, leh click My Homemade Kek Gulung Kasih, so teringin buat sampai menjadi OK. For the second attempt, no so bad, rase die dah improved compared to the last attempt.. :) tp teknik menggulung belum expert lagi... tak comel betul laa... tengok tu masih ade rongga2 udara, mungkin juga sebab lama biar kek dalam oven after masak. kek pon dah sejuk dan agak pejal.. bile nak gulung tu pecah-pecah.. hmm :(
Ros masih refer resipi Kek Gulung Kasih Kak Dayang Jack. Kek Gulung Kak Dayang cantik kan? Sejuta penghargaan buat kak Dayang atas resipi Kek Gulung yang sedap tu... :)
Resipi Kek Gulung Kasih
Bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung 3 biji telur A
60 g gula kastor (Ros guna 45 g granular sugar)
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-cara :
- Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
- Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
- Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
- Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
- Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
- Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
- Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
- Gulung kek dengan kemas.
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment