Tuesday, May 14, 2013

Singgang Sotong Terengganu


Singgang Sotong 

Bahan-bahan:
500g sotong putih (dibersihkan dan dipotong)
Setengah inci halia (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 batang serai (dititik atau diricih) 
1 keping Asam keping
Cili (jika mahu pedas, boleh letak 5-6 lada jarum)
Setengah sudu makan manisan/ gula
Secubit garam
Setengah cawan air

Cara-cara:
Didihkan air dan masukkan bawang besar, serai, cili, manisan dan secubit garam.
Didihkan sehingga bahan-bahan mesra. Masukkan asam keping dan cili.
Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan. Masak sehingga sotong lembut, padamkan api. Sedia dihidangkan dengan nasi putih, sambal belacan dan menu lain-lain.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...