Wednesday, July 11, 2012

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Waaahhh lamanya tak update blog.. rindu sangat..ini baru berkesempatan nk mencoret-coret kisah sepanjang ketidakberadaan saya di atas talian. But for today, nak mulakan dengan resepi tiramisu yang dah lama termimpi2 nak buat..hehhehe





Sebenarnya dah lama sangat teringin nak try buat tiramisu, ni baru berkesempatan melaksanakannya setelah beberapa lama duk tenung je resepi ni kt internet. Untuk pertama kali cuba ni, Ros guna resepi tiramisu simple oleh umi_e @ Myresipi. Tapi di sini ros olah tiramisu ni guna biskut tiramisu/ lady finger instead of guna kek span. Satu lagi kelainan yang Ros buat adalah letak filling lingonberry.. atau filling strawberry. filling ni Ros just guna lingonberry jem yg beli kat IKEA, campurkan dengan sedikit air panas untuk bagi die cair sikit, nanti senang nak sapu atas biskut. Idea ni Ros jumpa kat dapur Kak Nor Secubitgaram. Hehehh kalau tgk gambar tiramisu kak nor, memang meleleh air liuq... itu yg teringin nak buat jugak tu.. bile dah rasa, rupanya sedap gile.. lagi2 bile dah semalaman chill dalam fridge.. memang marvelous rase tiramisu ni.

Kat bawah ni Ros letak resipi yang dah dikemaskini dan diolah.

RESIPI TIRAMISU BISCOTTI

Sumber: umi_e@myresipi dan Kak Nor Secubitgaram
Olahan: Wan Ros

Bahan-bahan (8 orang atau lebih)
20 keping lady fingers / biskut tiramisu
250ml whipping cream
250g cream cheese Philadelphia
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
4 sudu makan jem lingonberry dicampur dengan sedikit air panas untuk dijadikan filling jem.
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
1.   Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.
2.   Satukan gula, cream cheese dan whipping cream.
3.   Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4.   Susun biskut tiramisu/ladyfingers di dalam mangkuk kaca atau loyang.
5.   Curahkan 1/2 bahagian bancuhan nescafe ke atas biskut yang disusun.
6.   Sapu filling tadi atas lapisan biskut tiramisu.
7.   Sapu 1/2 bahagian adunan cream cheese dan whipping cream tadi atas susunan biskut
8.   Susun lagi bahagian biskut yang selebihnya.
9.   Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar atau semalaman.
10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Biskut tiramisu / lady fingers


Cara-cara melapis


Tadaaa... siap sudah...ni tabur serbuk koko ni lepas keluarkan dari fridge untuk dihidang..


Ini plak selepas semalaman dalam fridge. 2 potong untuk bersahur..huhu




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...