Wednesday, July 11, 2012

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum..

Puding ni dah lama Ros buat, bulan 4, sehari sebelum dimasukkan ke hospital. So masa tu memang tak sempatla nak update blog. Kenapa masuk hospital? Panjang ceritanya.. tunggu entry akan datang ye... hehheh


Hermm... puding pon comot je nampak kan? hahha malas nak berhias. Pinggan pon tak cun. Takpela janji sedap kan.. Tapi this time agak manis. Next time kalau nak buat lagi, kene kurangkan gula. Suka buat puding ni sebab budak-budak suka makan. Bawak puding ni g rumah kakak, Ahmad suka betul. Hussein pun suke.. maybe sebab ada rasa roti kot. Ok la, kat bawah ni resepi yang dipetik dari dapur kak Nor.. Thanks Kak Nor.. mmg sedap puding ni... :D


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
Sumber: Kak Nor Secubitgaram

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). 
Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. 
Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.
Carik-carikkan roti kemudian kisar bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...