Monday, February 20, 2012

Sup Brokoli dan Kentang



ASSALAMUALAIKUM

Maaf ye kawan-kawan, gambar tak lawa. Tak cukup pencahayaan.. Ada gambar yang cun sikit, tp belum transfer lagi dari my camera. Nanti-nanti I hupdate gamba yang cun sedikit tu ye...

Gara-gara mencuba sup brokoli di KL Bird Park, my hubby mintak cari resipi dan suh try buat sendiri. Menjadi juga walaupun kekurangan satu bahan iaitu batang celery.. Hehe, ada la rasa macam creamy brokoli soup kat restoran KL bird park tu.. :P

Bile dah menjadi yang ini, beliau mintak isteri die ni try buat pumpkin soup pulak.. ni tengah nak menggoogle la ni.. any suggestion for a delicious pumpkin soup recipe??

SUP BROKOLI & KENTANG

Sumber: Ain Sweetthots
Sumber : Chef Sabri

300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula

Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)

1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...