Malam ini Ros ada buatkan dua biji cotton cheesecake, kek keju yang Ros pernah buat minggu lepas.... Satu dah siap bakar tengah tunggu sejuk, satu lagi masih dalam oven on baking. Dua biji kek untuk siapa? hehehe sebenarnya, salah satu kek tu untuk jamuan hari raya di fakulti esok, manakala sebiji lagi untuk officemate (Kak Norul) yang order. So kirenye ini first order la ni.. :) Excited nak siapkan kek untuk first customer, risau takut tak menjadi. Tak berenti baca Bismillah masa nak mula mengadun dan tengah mengadun. Alhamdulillah, bile siap bakar, kelihatan menjadi tetapi top surface tak berapa cantik sebab oven Ros yang tak berapa nak best.. (salahkan oven plak ye..) huhuhu (teringin sangat nak beli yang BESAR PUNYEEE... tapi apakan daya simpanan masih belum cukup lagi untuk oven baru... Harap2 ada la yang sudi nak seponser ---> ditujukan khas buat en suami ).
Untuk kek tempahan, Ros masih rujuk resipi yang sama iaitu Resipi Alma. Gali punya gali resipi, Ros jumpa plak resipi yang sama iaitu Dianasdesserts. Kalau nak tengok Cotton Cheesecake yang Ros buat minggu lepas, leh tgk dekat page ini.
Untuk kek jamuan hari raya, Ros buat sedikit perubahan dimana Ros masukkan sedikit pewarna hijau epal dan emulco pandan, sekadar menampakkan kelainan... Alhamdulillah, dua-dua kek menjadi, cuma tak tahu rasenya mcmana, harap-harap sedap.. :)
No comments:
Post a Comment