Monday, August 22, 2011

Biskut Badam Cashew Nuts

Assalamualaikum wbt..

Biskut hari ini adalah biskut badam... Kalau orang laen buh badam atas biskut, Ros buh biji gajus (Cashew Nut). Dalam kesibukan menguruskan tugas2 harian di rumah dan di ofis, sempat juga siapkan satu jenis lagi biskut raya... Alhamdulillah... Sebenarnya banyak lagi ni dalam list nak buat, tp x tahu la sempat ke tak. sebab banyak benda nak buat dalam seminggu ni. Nak siapkan hantaran untuk majlis kahwin abang GG lagi yang akan berlangsung raya ke 3 nanti. Pastu nak study untuk next sem lecture lagi... wah, memang sangat busy, ini pon curi masa nak buat jugak biskut raya. sebab azam tahun ni taknak beli biskut raya langsung...hahhahhah boleh ke? insyaAllah boleh... Kami nak raya secara bersederhana sahaja.. :)

Anyway, cakap banyak pon tak guna kalau tak berusaha kan. Ini die sekeping dua gambar biskut badam with cahew nuts... :)

Selamat menjamu mata.....hehhe







Nak letak jugak gambar si kecik yang baru bangun tido.. masa ni ibu dah abis terap.. tunggu nak sapu kuning telur dan bakar je. uli n terap doh kene macam kartun je sebab nak cepat..huhu Nanti bile dah bangun sikecik ni hadoiii... memang takleh nak concentrate wat kuih... asik nak kite duk ngan die je..  Namun, die la peneman setia ibu... I love u sayang.... mmmuachhhh....!!!

Bangun tido, terus cari ibu kat dapur...

Pastu tgk BBTV.... ralit betul...


Resipi ni adalah resipi turun temurun dari arwah mak. Memandangkan kali ini adalah pertama kali Ros buat biskut ni sendirian, so Ros tanya resipi kat kak yang memang selalu wat biskut raya kat rumah. Kat sini Ros nak share kepada yg berminat nak cuba.... :)

Resipi Biskut Badam (Resipi Bonda);

Bahan-bahan:
1 cawan marjerin (200g)
1 cawan gula icing (100g)
2 biji telur
4 cawan tepung gandum (diayak) (400g)
50g tepung jagung (diayak)
50g serbuk badam (almond ground)
1/2 camca kecil esen rose
Badam secukupnya (Ros ganti dengan cashew nut)
1 biji kuning telur untuk hiasan

Cara-cara;
Gaulkan marjerin dan gula icing.
Masukkan telur dan esen rose, kacau hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan serbuk badam, uli dan terap menggunakan acuan yang bersesuaian.
Letakkan badam atau biji cashew nut di atas doh yg diterap dan sapu dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...