Friday, August 12, 2011

Biskut Almond London

Assalamualaikum wbt...

Selepas penat menge'tart' semalam, hari ni teringin nak belajar buat biskut almond london plak... tart nenas dan biskut almon london ni antara biskut yang Ros sangat suka masa zaman kanak-kanak suatu masa dahulu... kalau pergi beraya kat rumah saudara mara atau kawan-kawan kakak, mesti try biskut ni dulu.. dan kalau dulu-dulu, kebiasaannya setiap rumah akan ada almond london. betapa sukenye kat almon london ni. so hari ni dah berjaya siapkan 135 biji almon london buat pertama kalinya... waduh2... lenguh badan.. sebbaik td takde gangguan Hussein, abah dah hantar ke rumah babysitter awal2 lagi ibu bercuti hari ini n nak cepat siapkan kuih raya nih... rupa-rupanya bukannye senang nak siapkan sampai habis. ponat makcik duk terbongkok sorang-sorang duk wat almond ni...

Untuk rujukan di masa akan datang, sini tempat Ros simpan resipi kuih muih, biskut, kek dan lain-lain hidangan. Kalau nk buat lg boleh la rujuk sini..:) 

Ros google resipi dan terjumpa resipi ni dalam web myresipi.com. Tapi, Ros olah sedikit sebanyak resipi biskut dan choc ganache mengikut sesuka rasa.. Kat bawah ni Ros ade note down olahan yang di buat..

Menjadi gambar hiasan.. 10 bijik pertama memang out.. tak ada rupa almond london langsung...  :P Yang dalam gamba ni yang ok sahaja...

Fresh from oven... panas lagi..

Choc ganache as the topping.. tambah vege shortening dan minyak jagung untuk bagi die lebih cair dan berkilat.

 Tengah pulun siapkan celup baki biskut ke dalam coklat cair. Lenguh badan ni.

Tadaaaaa.... dah susun elok nak tunggu coklat membeku. Pasni nak simpan masuk balang.

Lagi gambar Almond London.

Lagi...

Dan lagi.... (macam byk sangat la ,...)

Lagi lagi... gambonye...

posing sikit... ehem

bintang....


BISKUT ALMOND LONDON
Sumber: mama kastam tioman @ myresipi.com
Olahan: adikros.blogspot.com

Bahan-bahan Biskut ( anggaran 140 biji )
250 gm butter (*Ros guna marjerin)
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum (250gm) (*Ros tambah lagi 50g)
1 oz / 1/2 cawan nestum (50gm) (di kisar halus) (*Ros guna nestum cerelec) 
3 oz / 1 cawan tepung jagung (100gm)
4 oz / 1 cawan gula aising (100gm)
1 biji kuning telor
*1 sudu besar minyak sapi (brand Ghee) - tambahan
Badam biji di panggang secukupnya
Bahan-bahan Hiasan
Badam cincang secukupnya
Coklat masakan secukupnya (*Ros guna 300g dark chocolate)
*3 sudu besar vegetable shortening - tambahan
Sedikit minyak jagung (*Ros letak 6 sudu besar)
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai

Cara-cara
  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  4. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  5. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven).. kemudian sejukkan.
  6. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan (*Ros letak 6 sudu besar minyak jagung dan 3 sudu besar vegetable shortening)..untuk mengilatkan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periuk bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periuk yang berisi coklat masakan tadi..)
  7. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji sebiji.
  8. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
  9. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap.
Sekian, terima kasih... Selamat menjalani ibadah puasa buat muslimin dan muslimat....:)

2 comments:

  1. Thank you resepi ni mnjdi sgt.. Sbb mls nk bli butter mahal.. Sya guna marjerin mmg mnjdi.. Kjap ja dh lincin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...