Teringin sangat nak buat tart nenas, akhirnya menjadi jugak. Alhamdulillah.. Untuk tart nenas ni, Ros refer resipi tart nenas gulung kak Nor Secubit garam.. doh tart ni sangat la lembut sampai nk menggulung pon payah (bagi Ros la sebab first time buat tart ni, dan sememangnya tak ada pengalaman langsung). Arwah mak dulu tak pernah buat tart gulung, mgkin sebab renyah kot, tart yang selalu mak buat adalah tart bunga dan tart yg tekan2 tu... apa nama ntah acuan die. Sama la dengan kak sulung Ros, kalau buat tart mesti tak pernah gulung... huuhuhuu oleh kerana dah lama teringin, sanggup p beli acu picit pakai tangan tu dan peralatan serta bahan-bahan kat kedai Bagus Seksyen 13 Shah Alam.. Jem nenas plak ros buat sendiri, sebab mula-mula tak tau mana nak cari yang ready made. Ros guna nenas kecik molek yg manis tu.. alamak tersilap beli yg tu pulak, so jadi mahal la sikit kosnye..namun rasanye sedap.. 2 kali masak jem sebab rase tak cukup. Hasilnya sememangnya tidak mengecewakan. sedap dan sebab tak berapa manis.. Terima kasih buat kak Nor Secubit Garam di atas resipi tart nenas gulung yang sedap ni... :) Ini die gambar-gambar tart nenas ros yg takde la comey sgt.. banyak yang gedabak je..tak terror menggulung...
Wajah tart nenas gulung yang dah siap bakar.
Ni gambar tart sebelum disapu dengan kuning telur.
Nak sapu kuning telur ni yg amat la susah, doh yg lembut tu melekat pulak dekat berus..habis rosak lorek-lorek tart tu.... kaciwaaa.... :(
Not bad kan for the first try... :P
TART NENAS
Sumber: Kak Nor Secubitgaram
Bahan-bahan
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (Ghee lagi sedap)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak
Jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
Bahan-bahan hiasan:
1 biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
*Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.
Cara-cara:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur)
*Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. (Ros bakar selama 20 minit. Selepas 10 minit pertama, Ros sapu kuning telur atas tart, kemudian sambung bakar 10 minit lagi)
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..
No comments:
Post a Comment