Alhamdulillah Slice Cheesecake pertama menjadi juga... sangat lembut dan gebu. Sedap bila dimakan suam-suam (bukan panas-panas) sesudah keluar dari oven. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah diperolehi, tak perlu guna krim keju, tapi hanya guna kepingan keju aja. Untuk percubaan pertama ini, Ros hanya buat separuh adunan tapi guna 3 keping Cheesedale Slice. Sebab tu dalam gambar kat bawah ni kek nampak kecil dan rendah.
Ros refer recipe by Onigiri @ Myresipi.com yang diambil dari Japanese Cooking website. Thanks to Puan Onigiri for the recipe... :)
Resipi Slice Cheesecake oleh Onigiri @ Myresipi.com
Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
Not so bad for the attempt haa....
Alahai.. patut gambar ni kat atas... :P
Resipi Slice Cheesecake oleh Onigiri @ Myresipi.com
Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
- Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
- Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan.
- Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. (Ros bakar 170 darjah selama 25min dan kemudian 150 darjah selama 1 jam dengan cara water bath)
- Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
wow, bestnye. i'm cheese cake lover. pandai mek ros wat. saya tau makan je. hehehe.. pas ni leh try lah
ReplyDeleteTry la wat kek ni zara... memang sedap, gebuuu n cheesy walaupon just pakai slice cheese..hehheh
ReplyDeleteWan, bestnya...nak try...tp kat bhgn bwh kek ni kt letak biskut oreo yg dh blend blh tak? TQ vmuch Wan yg pandai msk :)...terkejut tgk byk sgt resipi :)..best2 :)
ReplyDeleteNani, hisy mana ada byk resipi... cheese cake resipi di atas ni selalunye orang tak letak base..tp kalau nak letak boleh jugak.. kt xpernah try lagi letak crust base ..nani bole la try :)
ReplyDelete