Sunday, March 6, 2011

BLUEBERRY YOGURT CHEESECAKE

Assalamualaikum..

Blueberry lagi!!! 2 ari lepas dah blueberry sponge cake... sebenarnya Ros memang suka sangat ngan blueberry flavour. All type of berries la... even henphone pon pakai blackberry..hehhe kalau nk pilih color baju or tudung pon i prefer purple. Pendek kate memang suke laa the berries and all its behavior...

Hari ini hari Sabtu, Ros and family duk rumah je rehat-rehatkan diri sambil kemas rumah and do some laundry. Tambahan lagi cik abang i tu baru je balik dari outstesen seminggu kat labuan.. Dah janji dengan dia hari tu nak buat non-baked cheesecake yummy yummy. So hari ni dah tunaikan janji tu. Sebenarnya Ros dah pernah buat non-baked yogurt cheesecake ni last time. Tp tak berapa menjadi, lembik dan cepat runtuh. Then Ros study balik kenapa tak jadi tu... n now dah perbaiki kesilapan yang lalu. Hasilnye... 

taaaraaaaaaa....

A blueberry non-baked yogurt cheese cake in the house. Ada la juga rase mcm kat kedai  (bukan nak angkat bakul ye, tp kali ni berjaya).. cume crust base die kurang menjadi, tak cukup halus serbuk biskut tiger tu (Ros tumbuk pakai lesung je, takde blender untuk bahan kering tu, apa ntah org panggil part tu), menyebabkan base die nampak comot.. maybe sebab takde kitchen tool yg complete nak potong dan angkat cake slice tu.. habis berterabur tiger crust..huhu comottt... 

  
Non-baked Bluberry Yogurt Cheesecake... Yummy yummy... Geram tengok crust base, dan blueberry topping yang nan indah itu. Kalau letak fresh berries lagi indah.. :) 

Comot kan? See the tiger crust at the bottom base was already damaged. :( i have to improve in the next attempt!

Oreo cookies. 

Blend biskut oreo termasuk intinya dan juga biskut tiger secara berasingan.

Masukkan dalam loyang springform, padat-padatkan sebelum masuk peti ais. Tiger crust at the bottom layer.

Adunan cheese yang dah siap putar dituang ke dalam springform loyang tadi dan masukkan dalam peti ais lagi sekali. 

Ini photo lepas beberapa jam dalam peti ais, jangan lupa toping die ok.

Dah potong.... :)

Hmmm.... :D

Another slice after 2 slices in our tummy....

Hussein and abah really like this.. :) 

Quarter cake dah abis satu malam je... sambung esok plak.


Resipi Non-baked Blueberry Cheesecake yang telah diolah
Resipi asal: Hanamemories

Bahan-bahan

Untuk Base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
·    120g biskut tiger
·    150g biskut oreo
·    50g butter (cairkan)

Untuk Cheesecake Filling
·     250g cream cheese
·     200g whipping cream
·     160g yogurt plain (Ros guna yogurt blueberry cap dutch lady)
·     50g gula halus
·     15g gelatin
·     60ml air panas
·     50g buah blueberry tin (xguna sbb xde)
·     25ml blueberry filling atau jem blueberry

Blueberry Topping
·     6g gelatin
·     100ml air panas
·     200g blueberry filling 

Cara-cara
  1. Sediakan loyang springform 18cm/8inci. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Tuang mentega ke dalam biskut. (Ros buat 2 layer, tiger dan oreo). Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat-padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min-sejam.
  3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (Ros guna kaedah double boiler untuk satukan gelatin nih agar tidak berbiji-biji)
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan whipping cream dan kemudian yogurt. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata. (Jangan pukul terlalu lama)
  5. Masukkan buah blueberry dan juga syrup guna spatula (Untuk step ni Ros guna filling blueberry sahaja sebab takde fresh blueberry, masukkan guna garfu). Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 1-2 jam.
  6. Untuk topping ciskek, panaskan gelatin dengan air panas guna kaedah double boiler. Alihkan dari api dan kemudian masukkan ke dalam filling, kacau rata. Curahkan ke atas kek keju tadi. Masukkan semula ke dalam peti ais.
  7. Selepas 2-3 jam, bolehla potong dan hidangkan.



6 comments:

  1. Assalamaualaikum ros...
    akak datang dah nih..bawak piring kosong nak join makan sama.. boley tak?? hihihi... cantik cantikkk... tahniah berjaya buat ciskek yang sedap nih! tima kasih yer ros sudi mencuba... bila2 boleh buat lagi.... kan kan... jgn lupe panggey akak lagik! hihihihi

    ReplyDelete
  2. sedap nye, ni yg nk try buat nih

    ReplyDelete
  3. Waalaikummussalam kak Hana,
    Terima kasih kerana sudi datang melawat. Resipi ciskek akak memang maveles.. sedap. kalau boleh nak bagi akak rase tapi apakan daya.. jauh sangat kak Hana di sana. Ros akan buat lagi sebab hubby and my son suke sgt.. :)
    Thanks again to kak Hana ye.. :)

    ReplyDelete
  4. Syaeyra, try la buat ciskek ni sgt sedap... :)

    ReplyDelete
  5. Salam sis. Sy pernah buat non baked c.cake tp kn dia lembik la even da 5jam dlm freezer. Apa silapnye ye sis? Perlu ke sy pindahkn c.cake ke tpt beku tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis emma.. saya rasa lembik tu maybe sbb ter overbeat ataupun gelatin tu tak betul2 sebati.. itu pada pandangan saya sbb saya pernah buat non-baked cheesecake jadi lembik, i think gelatin membeku cepat before kita adunkan dengan cheese tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...