Friday, March 4, 2011

BLUEBERRY SPONGE CAKE

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal kek span plak. Sebenarnya ini percubaan kali ke 2 membakar kek span. Kali pertama 3 hari lepas, Ros buat kek span pandan, siap blend daun pandan nak amik air die masuk dalam kek. Alih-alih, takleh makan langsung sebab lembik, manis, tekstur yang tak cantik dan tidak gebu. Leh tengok gambar kek span pandan tak jadi kat bawah skali. Daripada pengalaman pertama bakar kek span ni, Ros dah belajar dari kesilapan yang lepas dan fikir punya fikir apa yang menyebabkan kek tak jadi;

1. Ros mix/pukul kek terlalu lama... maka jadinye kek terlalu ringan n teksturnye dah pecah, bile masak dia jadi lembap dan tak gebu... :(
2. Terlebih air pandan dalam kek, oleh sebab Ros pukul kek tak sekata n tak sebati betul2... lepas bakar, terdapat mendapan kat dasar kek yang tak sepatutnye wujud.
3. Ros guna sukatan gula yang sama banyak ngan tepung superfine.. ini akan membuatkan kek sangat manis neting.... sampai takleh nak telan disamping rasa pandan yg sangat kuat lagi menyesakkan anak tekak. So, ros kurangkan gula sesuka hati. 
4. Ros bakar guna api atas bawah. Sebenarnya oven ni kecik je, tak layak nak bakar guna api atas bawah sebab confirm takkan masak, hangit je lebih. Kalau oven yg besar (mahal), kualiti bagus, maybe boleh la bakar guna api atas bawah nih...

Itu la serba sedikit yang dapat Ros pelajari daripada pengalaman pertama. Yang penting belajar dari kesilapan... :) Kat bawah ni serba sedikit gambar yang sempat Ros snap buat tatapan kawan-kawan.

 Sepotong pertama ni bagi Hussein, sebab sanggup bersengkang mata tengah malam tunggu ibu kat dapur sbb nak rasa kek blueberry yang menggiurkan ini... Abahnya dah lama tidur.. ZzzzZZZzz...

 Ini gambar kek span yang tengah masak.

 Baru je keluar oven, hangus sikit ... xcantik sangat... :(

 Telangkupkan atas redai kek.

 Bottom cake. gebu gak kan walaupon nampak agak hangus.

 Top cake. boleh laaa
 Dah potong... tengok la tekstur die... cantik jugak.. ade nampak blueberry lagi.. :)

 Kalau letak fresh blueberry lagi sedap kot.

Dah cobet sket bagi Hussein rasa..
Die nak lgi... yummy yummy...

 
Ini nak bawak p opis... banyak permintaan ni... hehhehe :)

Ini resipi asal kek span yang Ros refer.. yang sebenarnya resipi kek pandan..memandangkan nk wat perasa pandan ni agak leceh (berdasarkan pengalaman pertama kek span yang tak jadi tu), Ros pon tukar kepada blueberry flavor.. just beli blueberry emulco dan pewarna ungu...

KEK SPAN BLUEBERRY
Sumber asal: resipi kek span pandan www.myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 biji kek - Loyang 8” )

150 g  tepung super fine
150 g  gula kastor (Ros kurangkan gula sebab tak suka manis sangat)
5 biji    telur gred A
15 ml  ovalette (1 sudu besar)
80 ml  air daun pandan (yang ni of course la Ros tak letak)
80 ml minyak / mentega cair (Ros guna butter yang cair/panaskan)
5 ml     pes pandan (1sudu teh) (yang ni Ros tukar dengan blueberry emulco/paste)
5 ml     serbuk penaik (1 sudu teh)
5 ml     vanilla essence (yang ni Ros tambah sendiri)
sedikit pewarna hijau (tukar letak pewarna ungu.. baru la sesuai ngan blueberry flavour)
Blueberry filling/jem (yang ni tambahan je, takde pon takpe)

Cara-cara:

1.        Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.(pukul sampai nampak putih cream, hati-hati jangan terlebih pukul takut nanti kek jadi moist n ta gebu pulak).

2.        Perlahankan kelajuan dan masukkan esen vanilla (untuk elakkan bau telur), blueberry emulco dan sedikit pewarna ungu. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan. (jangan pukul terlalu lama ye)

3.        Tuangkan butter yang cair kedalam adunan dan kaupbalik dengan senduk sehingga sebati. (Ros mix kejap nk bg betul2 sekata). Bila dah masukkan blueberry filling/fresh fruit, baru balik-balikkan... tak sekata pon takpe.

4.        Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. (Ros tak letak kertas pon)

5.        Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 – 180 C. Kek dibakar menggunakan api atas dan bawah. (Ros bakar pada 170C selama 30 minit guna api bawah je kemudian tambah lagi 10 minit api atas bawah. My oven cam tak leh pakai sgt api atas bawah, dah banayk kali try kek mesti tak jadi... biasa la oven percuma bel peti ais...huhu Alhamdulillah bleh gak bakar kek)

6.        Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek (baru je beli kat tesco 3 hari lepas) lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita mendap dan kempis. Pastu boleh la potong.. rasanya sangat gebu.. :)

Selamat mencuba kawan-kawan! :)


Ni la gambar kek span pandan yang tak jadi tu... huhuhuhu

3 comments:

  1. ros,
    blog hana nih rupenye wife kpd lecturer aku kt uni dulu. wow, keciknye dunia

    ReplyDelete
  2. Ard, laa... ye ke? Kak Hana ni baru balik dari Jepun. Hubby die bru graduate PHD n mmg depe duk Kuantan... (aku pon baru je kenal kak Hana, itu pon di alam mya..huhu)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...