Tuesday, January 8, 2013

Cameron Highlands Vacation


Assalamualaikum.. 

Sudah lama sangat tak update blog.. dah bersawang dah blog ini. So hari ni Ros nak update dan upload sedikit sebanyak gambar yang ada dalam harddisk.. Sebenarnye banyak je gambar nak dimuatnaik tetapi kesibukan seharian tidak mengizinkan. Hari ni pun ada lagi kerja yang hendak disiapkan tapi curi masa kejap edit gambar dan upload dalam blog. Kalau tak sekarang bila lagi nak upload. huhu... tujuan utama tak lain tak bukan adalah nak simpan gambar-gambar kenangan untuk ditatap di masa akan datang (in case kalau harddisk dah rosak or misplaced..

Entry kali ni berkenaan percutian di Cameron Highlands last weekend. Akhirnya berjaya juga laksanakan keinginan nak bercuti dengan keluarga (berempat) setelah sekian lama duk delay sokmo. Maklumlah drebar busy dengan kerja. Klaau nak bercuti pun tak bleh plan awal2..sbb kalau plan awal2 selalu tak jadi di saat-saat akhir.


Ni gambar pemandangan ladang teh onthe way back from BOH TEA Sg Palas. Mak aiii..jalan die sungguh scary. Tapi sebab dah masuk so xleh patah balik dah, sebab takde ruang nak u-turn. Nice view from my bb torch camera (takleh la expect gambar lawa2). :P


On the way back from BOH TEA Sg Palas, singgahla kejap kat Mountain Strawberry Farm, singgah kejap? ok la, tak jauh pun..ade 1.8km aje kalau tgk kat papan tanda die... tapi bile dah masuk.. wahhh.. jantung berdegup kencang ..jalan die lagi ngeri daripada yang tadi.. xoxoxoxoxo.. selekoh tajam ade dimana-mana. sebelah jalan gaung dan lereng bukit 90 degree..fuh.. kecut rase bile tengok bawah.. ini la cameron...

Cuaca di sini panas, udara sangat nyaman. Alang-alang dah sampai, kami berhenti minum jus strawberry yang segar. Waduh enaknye... nak p petik strawberry, si abanglong plak tidur. semalam dah p ladang nk p petik strawberry pon dia tidur jugak.. so dapatla merasa strawberry yg 'tidak' dipetik sendiri sahaja... eh pelik betul ayat ni.



Ni gambar kat Mountain Strawberry Farm .. bergambar dengan si kecil khadijah.. :) sebnarnya banyak lagi gambar yg kami ambil, tetapi gambar2 tu duk dalam dslr n note2 abah. Nak transfer masuk comp satu hal.. malas betul rase... :(

Asyik gambar si kecik je.. mana gambar si abang dan si abah??????

Ni dia gambar abah, adik dan along... :) Ni gambar ketika tgh tunggu lunch di restoran titiwangsa.. banyak betul restoran steamboat.. tp kali ni teringin nak makan nasi..so order nasi putih tomyam dan nasi goreng saja.. not bad rasanya.

Gambar khadijah lagi... :P

Mushroom Corner.. Ni nk g petik strawberry.. tengok tu...along tidur dalam stroller... terus cancel!!!

Banyak lagi nak upload ni... 

Nanti la....



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...