Thursday, February 9, 2012

Gulai Kurma Daging Terengganu

Assalamualaikum...

Sudah lama tak update blog... datang jenguk je, nak update dan upload gambar tak sempat la... kehidupan sekarang ni tersangatla sibuk. Hmm kerja duniawi... yang juga sebahagian daripada amanah dan ibadat kita di dunia sebagai bekalan akhirat kelak..

Kali ni Ros nak cerita tentang gulai kurma daging yang Ros belajar daripada MIL.. dah lama dah belajar, ni baru nak praktik.. Bile teringat akan mak mertua, rasa baru sgt beliau meninggalkan kami.. Tanggal 10 Januari 2012, mak mertua Ros telah pergi, pulang ke Rahmatullah buat selama-lamanya. Pemergian arwah amat memberi kesan kepada semua ahli keluarga termasuklah menantu beliau.. Memandangkan mak dan ayah Ros dah lama pergi, jadi Ros menumpang kasih ibu dengan mak mertua. Memang terasa sangat kehilangan arwah sebab kalau balik kampung selalunya my hubby request macam-macam suh mak masak..nak makan laksa trg la, nasi minyak daging kurma la, dan macam-macam lagi la. Tu yang die suh Ros belajar masak biar sama macam mak masak tu.. 3 minggu sebelum pemergian arwah, sempat Ros blaja buat kuah laksa terengganu daripada mak.. nanti kalau ada masa Ros update resipinya ya.. Teringat lagi satu-satu die tunjuk cara-cara nak masak kuah laksa.. Tak sangka hidangan laksa kali ini adalah yang terakhir... Al-Fatihah...

sebenarnya kalau boleh nak letak semua resipi makanan yang Ros pernah blaja dan praktik di blog ini, so that nanti kalau Ros or anak cucu nak refer, just tgk dekat blog ini sahaja... kawan-kawan yang berkenan nak cuba resipi dalam ini pon dialu-alukan.. dan sebenarnya, Ros ni bukanlah orang yang pandai sgt memasak... segala yang ada dalam blog ni semuanya yang dalam proses percubaan... banyak juga yang tak menjadi... :P

Ini die resipi gulai yang glemer tu... hehehhe

Resipi Gulai Kurma Daging

Bahan-bahan:
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Bawang merah untuk digoreng (atau bawang goreng)
Rempah empat beradik (cengkih, bunga lawang, kayu manis, )
Cili boh (kalau guna cili kering, kisar skali dengan bawang merah, bawang putih dan halia)
Rempah kurma hitam
Minyak untuk tumis
Santan
Daging segar yang dipotong
Kentang
Air asam jawa
Garam
Nissang / Manisan / Gula Melaka / Gula merah (tak letak pun tak apa)
Gula

Cara-cara:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air.
Sekiranya menggunakan cili kering, kisar bawang-bawang tadi bersama cili kering.
Tumis rempah empat beradik hingga naik bau, bawang dan cili kisar ke dalam minyak dalam periuk, masak sehingga naik bau. Pastikan bawang dan cili betul-betul masak.
Masukkan rempah kurma hitam dan kacau.
Masukkan air asam jawa, nissang dan gula. Tambah sedikit air sekiranya bahan-bahan tadi nampak kering.
Menurut mak mertua Ros, daging yang dipotong dan dibersihkan tadi harus di gaul dengan bawang goreng dan perap sebentar. Kakak Ros plak ajar gaul daging tadi dengan garam dan perap.
Kemudian baru masukkan ke dalam periuk dan gaul bersama rempah dan bawang yang telah digoreng tadi.
Masak sehingga daging itu mesra dengan rempah dan lembut. Orang tua-tua panggil mati air.
Bila daging sudah lembut, masukkan santan dan kentang yang dipotong kiub.
Masak sehingga gulai tadi naik minyak.

Ini resipi Ros belajar secara lisan dan praktikal daripada arwah mak mertua dan kakak Ros (resipi arwah bonda tercinta), jadi kuantiti bahan-bahan pon main agak-agak je bersesuaian dengan kuantiti daging yang ingin digulai... :)
Selamat mencuba bagi yang berminat dengan resipi gulai Terengganu..


Gambar gulai kurma daging yang dah siap.. ini versi terlebih rempah..heheh

Makan dengan nasi minyak hujan panas, acar timun dan ayam goreng simple (sebab dah malas nk masak merah).. 

close-up.. tapi kelabu pulak...

3 comments:

  1. Salam ziarah,
    Sedap nampaknya kurma daging tu. Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. Salam... tq coz sudi dtg jalan-jalan... cuba la try gulai kurma ni...mmg sedap... :)

    ReplyDelete
  3. salam.mng dh lame x makan gulai kurma tganu ni...apepun seme masakan tganu mmg terbaik..esk mti kene cube buat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...