Monday, December 20, 2010

HE CAN SIT UP ON HIS OWN

SALAM SEMUA,

Pada hari ini, teringin saya nak berkongsi cerita dengan anda memandangkan sudah agak lama saya tidak update blog yang baru set up ni. Cerita yang paling menarik untuk saya kongsi sudah tentu tentang my baby boy yang semakin membesar dari hari ke hari.. ade 2 hari lagi nak mencecah usia 8 bulan. Sungguh cepat masa berlalu, terasa baru sahaja discaj dari hospital sg buloh, now amar hussein dah boleh duduk dengan sendiri. Alangkah gembira nya ibu dan abah bila tengok amar dah boleh duduk. :) dan semakin penat la ibu nak mengejarnya...




Satu perkara yang ibu tak suka ialah Amar suka hantuk kepala kat lantai..lepas tu menangis...adoii semalam Amar dah buat ibu berdebar, terkejut dan menangis. Bila dah boleh duduk dengan sendiri, semakin panjang langkah die untuk meng'explore' benda baru. Ibu biasanya letak bantal-bantal kelilingi Amar sebagai pagar supaya sikecik ni tak jatuh katil. Tetapi ditolaknya pula bantal-bantal tu sampai jatuh ke bawah, kepalanya tersangkut plak kat babycot sebelah katil. Fuhhhh.... nasib baik tersangkut, kalau tidak, memang dah jatuh dah... masa tu ibu kat dapur tgh masak bubur untuk Amar, terdengar je die nangis kuat, terus ibu masuk bilik dan nampak Amar dah tertunduk dgn kepala tersangkut kat pagar babycot tu... uwaaa... lantas ibu tarik dan peluk Amar.. ibu nangis sambil peluk Amar.. "kenapa la amar p sondol bantal golek tu? kan dah jatuh... jangan buat ibu risau lagi tau..."

Kebetulan pula abah takde, outstesen kt labuan. Bila ibu report kat abah, abah dah tak bagi Amar tido kat atas katil lagi... ciannya die...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...